Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 30 November 2012

George Bush Sr Dikejarkan Ke Hospital

George WH Bush. Foto: Msnbc

HOUSTON - Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W. Bush dikejarkan ke hospital di Houston, Texas, hari ini kerana menghidap bronkitis. Doktor  bimbang penyakit itu akan merebak menjadi radang paru-paru (pneumonia). 
Ketua Staf Bush, Jean Becker mengatakan, penyakit yang dialami oleh bekas presiden AS itu bukanlah penyakit yang serius. Pada hujung minggu ini, Bush dibenarkan untuk pulang ke rumah. 
"Masalah utamanya adalah batuk kronik, dia tidak berdaya mengawalnya sehingga dia terpaksa kembali ke hospital," ujar Becker. 
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Presiden AS ke-41 itu kerap keluar masuk hospital. Salah seorang ahli keluarga Bush mengatakan, keadaan Bush cukup lemah. 
Pada hari Ahad lalu, Bush dikunjungi oleh anak lelakinya, George W. Bush. 
Ketika ini, George Bush Sr menggunakan kerusi roda kerana sudah tidak berupaya hendak berjalan. Keluarganya bimbang dengan keadaan kesihatannya. 
Semasa masih sihat, Bush merupakan seorang yang aktif berolah raga. Bush sering melakukan jogging, memancing, main golf, dan berjalan-jalan di pantai yang berdekatan dengan villanya di Maine, Florida. 
Sebelum ini, Bush pernah menjalani pembedahan tulang pinggang di hospital Houston, Texas. Selain mengalami penyakit tulang dan paru-paru, salah seorang rakan Bush mengatakan bahawa Bush juga menghidap sindrom parkinson. 
Bush pernah muncul di televisyen dan telah ditemuramah oleh cucunya sendiri, Jenna Bush Hager. Bush menceritakan bagaimana beliau berjuang melawan penyakitnya dan menyatakan kekecewaannya kerana umurnya tidak panjang lagi untuk melihat cucunya, Georgia Bush, menjadi dewasa.
_______________________________________________________________________

Ketika masih sihat
Bush Sr boleh dikira manusia yang bernasib baik...
umur panjang - kini 88 tahun...
rezeki murah - cukup makan dan tinggal dalam villa dekat pantai...
jauh daripada penyakit berat - seperti kanser atau stroke...
pernah jadi Presiden Amerika - 1989-1993...

menang Perang Teluk 1991. 
Ketika masih berkuasa
Melihat kejayaan yang ada...
Bush tak patut lagi rasa kecewa...
Kalau sekiranya ada juga rasa kecewa...
bukan sebab tak sempat melihat cucu-cicit dewasa...
tapi sebab ramai manusia hilang nyawa....

semasa pemerintahannya dan pemerintahan anaknya.
Tapi Bush Sr hanyalah manusia biasa....
dia sayangkan anak cucunya...

tapi lupa kebajikan manusia lainnya !
Mangsa Perang Teluk

Tawanan perang Iraq



Banyak Bangunan Israel Rosak Akibat Roket Hamas



JERUSALEM - Harian Israel Yediot Aharonot Israel menyatakan, sebanyak 1124 bangunan di wilayah Israel mengalami kerosakan akibat serangan roket semasa serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza berakhir. 
Harian itu menyebut, sebanyak 172 unit kediaman mengalami kerosakan di Raishon Letzion, di pinggir Tel Aviv akibat serangan roket-roket Fajr yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza. 
Israel sendiri mendakwa bahawa sebahagian besar roket berkenaan yang ditujukan ke Tel Aviv berjaya dipintas oleh sistem Pertahanan Iron Dome sebelum sampai ke sasaran, kecuali roket yang menimpa bangunan lapan tingkat sehari sebelum berakhirnya serangan. Namun hal ini bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Barisan Dalam Negeri Israel. 
Harian Israel di atas juga menegaskan bahwa kota Ashdod adalah bandar yang mengalami kerosakan paling besar akibat serangan roket Palestin.
_______________________________________________________________________

Sebelum ini PROPAGANDA Israel MENGGAMBARKAN... ISRAEL itu seolah-olah KEBAL...    Seolah-olah roket Palestin tidak memberi bekas padanya... Hampir tak ada berita yang melaporkan kerosakan di Israel akibat serangan roket berkenaan...   Namun keadaan yang sebenarnya adalah sebaliknya...   SEJUMLAH 1,124 BANGUNAN di Israel ROSAK... SEJUMLAH 172 unit RUMAH BINASA...  patut pun ADA RAKYAT ISRAEL yang HISTERIA... Sanggup menyerang kedutaan Amerika Syarikat.... patut pun Israel segera setuju gencatan senjata dengan Hamas...  rupanya begitu ceritanya... patutlah mereka ini menangis...












Kapal Selam: Malaysia Beli Tapi Iran Buat Sendiri

Pegawai tentera laut Iran berdiri bangga di atas kapal selam Qadir. Di balakang Qadir, ialah hoverctaft. Foto: AFP

TEHERAN - Tentera Laut Iran mempamerkan kapal selam dan hovercraft buatannya di pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara ini kelmarin. 
Sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan dua buah kapal selam dan dua buah hovercraft itu. 
Kapal selam yang bernama Qadir itu boleh melancarkan serangan peluru berpandu dan torpedo secara serentak. 
Stesen televisyen itu menyiarkan ucapan Ketua Tentera Laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayyari yang menyatakan pihaknya perlu memiliki teknologi ketenteraan terbaharu untuk tujuan melindungi sempadan negara ini. 
Kapal selam itu juga boleh beroperasi di kawasan perairan yang cetek. 
Iran kini berdepan dengan tekanan negara-negara Barat supaya menghentikan program nuklearnya yang dibimbangi akan digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear. 
Bagaimanapun, pemerintah negara ini menyatakan program tersebut bertujuan untuk menjana tenaga elektrik. - Agensi
 _______________________________________________________________________

tu dia...
Iran dah mampu BUAT SENDIRI kapal selam...
kapal selam yang BEBAS daripada KONTROVERSI
kapal selam yang BEBAS daripada KORUPSI !
bukan kapal selam aje...
hovercraft pun mereka dah boleh buat sendiri
kejayaan yang WAJAR KITA TELADANI !


Mangsa Serangan Israel Tak Sangka Masih Hidup



GAZA: “Saya tidak ingat apa yang berlaku sejurus peluru raifal itu menembusi perut. Saya hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum tidak sedarkan diri. 
“Saya sangka ajal sudah sampai dan tak sangka masih hidup,” kata Abdul Mohamad Isme, 27, seorang daripada ribuan rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Israel sepanjang bedilan roket selama lapan hari bermula 14 November lalu. 
Dia yang ditemui di Hospital Khan Younis, di sini, semalam berkata dia ditembak tentera Israel ketika sedang berada di ladang pokok Zaitun miliknya di Alkara pada 20 November lalu. Menurutnya, sekumpulan tentera Zionis tiba-tiba muncul sebelum mengacukan raifal dan senjata berat ke arahnya dari jarak dekat. 
“Tanpa sebarang amaran, tentera terbabit terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah saya yang tidak bersenjata. 
Abdul Mohamed berkata, dia hanya tersedar selepas dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat perut hingga belakang tubuhnya yang ditembusi peluru. 
“Saiz peluru digunakan amat luar biasa dan saya kini tidak mampu menggerakkan tubuh kecuali tangan,” katanya dalam keadaan menderita kesakitan. 
Menurutnya, tindakan keji tentera Zionis itu bertujuan menakut-nakutkan golongan petani dan menghalau penduduk Gaza dari tanah ladang dimiliki selama ini. 
“Tapi, jangan fikir saya akan mengalah. Tanah ini milik kami dan saya tetap akan kembali ke situ jika diizinkan Allah SWT sembuh kelak,” katanya. 
Serangan menggila tentera Zionis selama lebih seminggu itu menyebabkan ratusan mangsa kini terlantar di katil hospital dan ramai juga yang mengalami kecacatan kekal. 
Kebanyakannya membabitkan golongan kanak-kanak dan belia yang dirawat di Hospital Khan Younis dan Hospital Al Sifa’ di sini, akibat putus kaki atau lumpuh selepas terkena letupan roket dan tembakan senjata berat. 
Seorang mangsa dirawat di Hospital Khan Younis, Abdul Malek Abu Syamil, 26, putus kaki kanan akibat ditembak roket disasarkan pesawat tanpa juruterbang dikenali sebagai Drone milik Zionis. 
Dalam kejadian 17 November lalu, pesawat Drone yang terbang di ruang angkasa Gaza bertindak melepaskan roket ke arahnya yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah. 
“Dalam sekelip mata ledakan kuat berlaku sebelum motosikal ditunggang berkecai. Saya turut terpelanting sebelum mendapati kaki kanan hancur dan putus. 
“Malah tulang tangan dan kaki kiri saya turut patah remuk. Saya cuba bangkit namun gagal dan jatuh pengsan akibat terlalu sakit,” katanya. 
Menurutnya, tindakan gila tentera Isreal menggunakan pesawat Drone untuk menyerang orang awam di Gaza adalah taktik pengecut dan tidak berperikemanusiaan.
_______________________________________________________________________

hmmm...
SEKUMPULAN TENTERA Israel TEMBAK SEORANG PEMUDA Palestin yang TAK BERSENJATA tanpa amaran...
pemuda itu ditembak di dalam ladangnya
SAIZ PELURU yang digunakan LUAR BIASA
dalam situasi lain...
SEORANG PEMUDA Palestin yang yang SEDANG NAIK MOTOR ditembak oleh PESAWAT DRONE Israel
pengajaran yang kita dapat: 
kehebatan ISRAEL
tak mampu mencabut nyawa kedua-kedua pemuda tersebut...
tapi IZRAIL utusan Allah mampu mencabut nyawa setiap manusia
dengan izin-Nya...
termasuklah ISRAEL kat bawah nih!



Khamis, 29 November 2012

Lubang Hitam Lebih Besar Ditemui

Lubang hitam. Foto: The Register


CALIFORNIA - Sekumpulan ahli astronomi di Max Planck Institute for Astronomy baru-baru ini telah menemui black hole atau lubang hitam terbesar yang pernah direkodkan. Lubang hitam tersebut dianggarkan telah menelan galaksi induknya. 
Lubang hitam besar itu berada di tengah-tengah sistem tata surya NGC 1277. Galaksi tersebut merupakan galaksi kecil dengan ukuran 10 peratus dari Bima Sakti dan terletak 220 juta tahun cahaya dari Bumi, di buruj Perseus. 
Hampir setiap galaksi ditemui mempunyai lubang hitam di bahagian pusatnya, namun umumnya hanya sebesar 0.1 peratus dari jumlah keseluruhan saiz galaksi tersebut. Lubang hitam yang baru ditemui ini mempunyai saiz 17 bilion kali lebih besar berbanding Matahari dan memakan sekitar 14 peratus dari galaksi induknya. 
Namun kajian mereka mendapati hal tersebut bukanlah suatu yang aneh, sebab terdapat lima galaksi lain mempunyai ciri-ciri khas yang sama. Biasanya, lubang hitam yang lebih besar ditemui di galaksi yang lebih tua. Namun NGC 1277 nampaknya baru berusia kira-kira 8 bilion tahun. 
"Saya hendak menyatakan bahawa hal tersebut nampaknya tidak ditentukan oleh usia sesebuah galaksi. Tidak jelas bagaimana boleh terjadi sebuah sistem dengan lubang hitam yang besar sehingga pada nisbah galaksi," jelas profesor Astrofisika dari University of Texas, Karl Gebhart. - The Register
_______________________________________________________________________

Luasnya alam semesta kita
tentu tinggi kos penyelenggaraannya
andai manusia yang menguruskannya
 
Namun Allah Maha Kaya
lagi Dia Maha Kuasa
maka tiada keberatan bagi-Nya
mentadbir urus alam semesta

Presiden Indonesia Larang Menteri Keluar Negara



JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam mengarah menterinya agar berada di dalam negara dan memberi fokus untuk menyelesaikan program kerajaan tahun ini. 
“Jika tidak penting, mereka tidak perlu pergi ke luar negara,” katanya dalam ucapan ketika membuka mesyuarat Kabinet di Istana Negara. Susilo berkata, larangan menteri Kabinet berkunjung ke luar negara akan mendorong mereka menyelesaikan agenda untuk tahun ini. 
“Setiap menteri boleh menjalankan penilaian dan melihat apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan tugasan bulan depan,” katanya. 
Dia juga berkata, semua menteri perlu membuat perancangan untuk tahun depan menjelang akhir tahun ini. “Usah tunggu hingga pertengahan tahun depan atau akhir tahun depan. Semua tugasan perlu ditetapkan pada Januari,” katanya. Spekulasi tersebar menyatakan larangan berkunjung ke luar negara adalah sebagai persediaan buat menteri kemungkinan berlakunya rombakan Kabinet dalam beberapa minggu lagi. 
Khabar angin turut beredar bahawa perpecahan dalam Kabinet mendorong kepada rombakan awal tahun depan. - JP
_______________________________________________________________________

Tak sangka betul
macam sekejap masa berlalu
tahun 2012 dah nak habis
kita dah nak masuk tahun 2013
 
Maknanya
tak lama lagi kita akan buat azam baru
selepas kita membuat azam baru pada hujung tahun lalu


Asal Cerita Dunia Kiamat Bulan Disember 2012



David Morrison
CALIFORNIA - Selama bertahun-tahun, pakar astrobiologi dari National Aeronautics and Space Administration (NASA), David Morrison telah menjawab ribuan soalan berkaitan peristiwa alam yang mengancam kelangsungan dunia. 
Ramai orang ingin tahu tentang kemusnahan dunia ini. Ada ramalan mengatakan, planet Nibiru akan berlanggar dengan bumi, atau berakhirnya kalendar suku Maya akan mengakibatkan berakhirnya kewujudan dunia pada tahun 2012. 
Selama beberapa tahun juga, David Morisson berusaha menjelaskan kepada khalayak ramai tentang desas-desus planet Nibiru dalam website di bahagian Question & Answer (Q & A) milik NASA. Melalui website NASA berkenaan, Morisson berusaha menerangkan tentang asal-usul ramalan popular tersebut. 
Morisson mengatakan bahawa asal-usul ramalan berakhirnya dunia yang jatuh pada bulan Disember 2012 ada hubungan dengan cerita tentang planet Nibiru. Planet ini merupakan planet asing dari luar sistem suria, yang bergerak mendekati bumi ini. Planet ini kononnya ditemui oleh bangsa Sumeria. 
Zecharia Sitchin
Melalui karya fiksyen yang ditulis oleh Zecharia Sitchin tentang peradaban Sumeria-Mesopotamia kuno dalam beberapa buku, seperti The Twelfth Planet yang diterbitkan pada 1976, penulis itu mendedahkan tentang dokumen bangsa Sumeria yang dikenalpasti sebagai planet Nibiru. 
Planet ini kononnya mengorbit matahari setiap 3,600 tahun sekali. Cerita fiksyen ini juga mendedahkan tentang kisah "angkasawan kuno" yang mengunjungi bumi dari peradaban alien bernama Anunnaki. 
Morisson menegaskan, jika benar planet Nibiru akan melanggar bumi dan menyebabkan kehancurannya, sudah tentu kerajaan serta NASA tidak akan menyembunyikan maklumat tersebut. "Jika kerajaan mengetahui tentang Nibiru, mereka tidak akan  merahsiakannya untuk mengelakkan kepanikan orang awam," jelas Morisson. 
Selain Morisson, pengurus Program Makmal Jet Propulsion NASA, Don Yeoman sebelum ini juga membantah khabar angin mengenai kiamat pada tahun 2012. Dia mengatakan, jika benar planet Nibiru akan melanggar bumi, tentu tanda-tandanya dapat dikesan sejak lama dulu.  
Paling tidak, menurutnya, kesan graviti bumi serta planet lain akan dapat dikesan. Namun yang pasti, astronomi yang membuat pemerhatian tidak menemui satu bukti pun berkaitan perkara tersebut.
_______________________________________________________________________

Begitu asal ceritanya ...
BERMULA dengan CERITA FIKSYEN !
Tapi macam betul.
Namun sebenarnya tak betul.
Sebab TAK DISOKONG oleh FAKTA SAINTIFIK.
 
Tapi siapa sebenarnya ZECHARIA SITCHIN tu?
Apa motif sebenar dia buat cerita semua tu?
Sampai ramai yang jadi keliru !
Soalnya sekarang
Kita NAK PERCAYA David Morrison ATAU Zecharia Sitchin?
Yang pertama tu SAINTIS
Yang kedua tu hanya seorang PENULIS
sekarang nih tinggal kat Israel ! 
Apa pun, SEMENTARA DUNIA ini MASIH ADA, teruskanlah hidup.
TERUSKANlah BERAMAL dan berbuat baik.
BAYARLAH HUTANG yang belum dibayar jika benar-benar takut dunia ini akan kiamat.
HENTIKANlah PERBUATAN yang TIDAK BAIK.
Tingkatkan pahala, kurangkan dosa...

Rabu, 28 November 2012

Penentang Kerajaan Syria Kepung Bandar Allepo

Pasukan penentang Kerajaan Syria. Foto: Reuters

DAMSYIK - Pejuang pembangkang Syria berjaya mengepung bandar terbesar negara itu, Aleppo dan menguasai hampir kesemua jalan raya ke bandar tersebut sehingga pihak kerajaan hanya menguasai satu jalan raya sahaja. 
Aktivis Syria mengatakan kumpulan pemberontak berjaya menawan empangan Tishrin yang terletak di wilayah utara Aleppo, membuatkan tentera Syria hanya dapat memasuki bandar Aleppo melalui jalan raya Damsyik - Aleppo. 
"Menguasai empangan Tishrin sangat penting kerana hal tersebut membuat kedudukan tentera Syria semakin goyah. Tentera Syria tidak dapat lagi memasuki bandar Aleppo dari sebelah utara," ujar Rami Abdel Rahman, seorang aktivis hak asasi manusia yang mengawasi konflik yang berlaku sejak Mac 2011. 
Rahman menyatakan, terdapat jalan tentera di sekitar lokasi empangan yang dapat digunakan oleh tentera Syria, tetapi jalan tersebut sangat buruk dan melaluinya mengambil masa yang lama. 
Empangan Tishrin berjaya dikuasai setelah pihak pembangkang mengepung lokasi tersebut selama beberapa hari serta bertempur dengan tentera Syria yang mengawal empangan dan menghadapi serangan udara yang dilancarkan oleh kerajaan. 
Di Aleppo sendiri pertempuran sengit masih berlaku di antara pihak kerajaan dengan pejuang pembangkang. Pemerhati mengatakan, kedua-dua pihak mempunyai kekuatan yang seimbang sehingga tidak ada pihak yang dapat menguasai sepenuhnya salah satu bandar tertua di dunia itu.

Air Naik 2 Meter Di Beberapa Kawasan KL

Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan kerja pembersihan tanah runtuh berhampiran Jalan Mahameru. Foto myMetro


GOMBAK: Hujan lebat tanpa henti petang semalam, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir termasuk kampung di sekitar daerah ini ditenggelami air lebih dua meter. 
Antara kampung yang terbabit ialah Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana dan Kampung Ulu Yam Bharu menyebabkan tiga jentera bomba dan bot selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikejarkan ke lokasi berkenaan. Sehingga jam 10 malam tadi, lebih enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan air naik. 
Jalan Loke Yew sesak malam tadi. Foto myMetro
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam jam 7.30 malam memaklumkan air semakin naik. 
Katanya, sehingga jam 10 malam tadi, operasi mengeluarkan mangsa banjir dari rumah mereka masih dijalankan dan JKM turut membuka pusat pemindahan. 
Sementara itu di Kuala Lumpur, beberapa kawasan turut dinaiki air iaitu Jalan Loke Yew menghala Cheras dan Bulatan Cheras. 
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, berlaku runtuhan tebing di Jalan Mahameru sebelum susur Sentul Link menyebabkan kesesakan teruk.


Hidangan Makanan Kenduri Kahwin Jadi Basi


SEBAHAGIAN daripada kumpulan pertama tetamu kenduri di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Ahad menceduk lauk sebelum menyedari sajian yang dihidangkan sudah basi. Foto: Kosmo!

GEORGE TOWN - Pemilik sebuah syarikat perancang perkahwinan di sini memohon maaf dan bersedia membayar ganti rugi berikutan peristiwa memalukan pada majlis kenduri sepasang pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang dekat sini Ahad lalu yang berakhir dengan lauk-pauk menjadi basi manakala nasi yang ditanak pula mentah. 
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 25, berkata, kejadian itu memang mengejutkan kerana ia kejadian pertama selepas 20 tahun keluarganya menerima tempahan memasak sajian kenduri di negeri ini. 
Menurutnya, lauk dalca, daging masak hitam serta ayam masak merah itu mula dimasak pada pukul 6 pagi di rumah keluarganya di Batu Feringghi. 
Kata Nor, semua bahan mentah dibeli sehari sebelum kenduri bagi memastikan kesegaran manakala susu cair pula digunakan untuk menggantikan santan agar masakan seperti ayam dan daging lebih tahan lama. 
"Saya tidak sangka semua ini boleh berlaku. Lauk-pauk yang siap dimasak juga terlebih dahulu dicuba sendiri oleh tukang masak sebelum dihantar ke tempat kenduri yang hanya 10 minit dari rumah. 
"Kami minta maaf sebab benda sudah nak terjadi dan sekiranya mereka mahu tuntut ganti rugi kami akan bayar semula semua lauk yang basi," katanya ketika ditemui di sini semalam.
_______________________________________________________________________

Sebagai orang lama, saya tidak terkejut dengan kejadian seperti ini, kerana biasa berlaku pada tahun 1960-an - 1970-an, di sesetengah tempat di alam Melayu ini. 
Pada waktu itu, kenduri kahwin diadakan di rumah pengantin dan kerja memasak makanan dilakukan oleh ahli keluarga dan sanak saudara pengantin. 
Yang selalu berlaku, kadang-kadang, beras yang ditanak tak masak-masak walaupun kayu api sudah banyak diguna. Lauk pauk yang baru siap dimasak juga jadi berbau dan basi bila dihidangkan kepada para tetamu. 
Paling tak seronok, apabila para jemputan yang makan kenduri kahwin, sakit perut dan berak-berak bila balik ke rumah! 
Namun itu dulu! Zaman belum ada internet dan belum ada blog. 
Tapi tak sangka pula kejadian seperti ini boleh berlaku pada zaman milinium, ketika kenduri kahwin sudah diswastakan, persandingan diadakan di dewan orang ramai dan jamuan makan disediakan oleh katering. 
Pihak katering pula bukan baru, sudah 20 tahun terlibat dengan penyajian makanan untuk kenduri kahwin. 
Mungkin ada yang tak kena di mana-mana... Hanya kepada Allah kita memohon petunjuk dan memohoon perlindungan... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Ular Sawa Gergasi Telan Lembu

GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan seekor ular sawa gergasi memuntahkan seekor lembu (dalam bulatan) yang dibahamnya di sebatang sungai di Brazil. Foto: Kosmo!

RIO DE JANEIRO - Seekor ular sawa gergasi memuntahkan semula seekor lembu yang dibaham haiwan tersebut di sebuah hutan di Brazil, menurut beberapa laporan kelmarin. 
Ular meninggalkan bangkai lembu. Foto: YouTube
Menurut akhbar dalam talian MailOnline, hampir 66,000 orang telah menyaksikan rakaman video ular tersebut di laman YouTube dalam tempoh dua hari. 
Kejadian itu berlaku di sebatang sungai di dalam hutan tersebut. 
Ular itu kemudian meninggalkan bangkai lembu tersebut selepas ia memuntahkannya. - Agensi
_______________________________________________________________________

Kalau lembu
ular tu boleh telan
tentu orang pun dia boleh telan
lagi senang kanak-kanak dia telan
Bagaimanapun
kalau kat tempat kita nih
ada satu jenis ular lagi yang lebih merbahaya
'ular' yang pandai berkata-kata
dia punya belit boleh tahan juga
mangsa boleh kena telan bulat-bulat !
Tapi hanya orang yang lalai saja yang akan dibelit 'ular'
dan ditelan oleh 'ular' berkenaan...

Selasa, 27 November 2012

Isteri Rentung Suami Meraung

Bandar Tawau dilihat dari udara. Foto: KPS Tawau Fm

TAWAU: Seorang suami hanya mampu meraung kesedihan apabila isterinya yang sakit dan tidak mampu bergerak, rentung dalam kebakaran rumah mereka di Jalan Hamzah, Batu 8, Ranggu, dekat sini, semalam. 
Lebih menyedihkan, ketika kebakaran berlaku jam 9 pagi, suami terbabit hanya dikenali sebagai Robert, 30, keluar mengambil wang gaji yang ingin digunakan bagi menyewa kereta untuk membawa isterinya, Rensiana Bara, 25, ke hospital. 
Keadaan di rumah milik Robert, tempat isterinya rentung.
Sekembali ke rumah, Robert terkejut dan hanya mampu meratap kematian Rensiana yang mayatnya ditemui rentung dalam keadaan telentang di bilik tidur. 
Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, tetapi gagal kerana kedua-dua kakinya yang sakit dan membengkak menyebabkan dia tidak mampu bergerak. 
Seorang ahli keluarga mangsa dikenali sebagai Romanus, 50, berkata mangsa sakit sejak beberapa hari lalu dan tidak mampu bergerak. - Metro


Kenderaan MPV Langgar Lori Berhenti Di Slim River

Beginilah keadaan MPV jenis Hyundai Starex yang remuk hingga mengorbankan lima nyawa di Slim River semalam. Foto: Kosmo!



SLIM RIVER - Lima maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer (km) 372.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan, pagi tadi.  
Kemalangan jam 7.28 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan disebabkan tayarnya pecah.  
Lima mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit, manakala 4 mangsa cedera di bawa ke hospital berdekatan.
Mereka yang meninggal dunia ialah Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; kanak-kanak, Juvien Chin Yu Xuan, 12, serta Poh Hock Huat, 60, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang dan Hong Choon Tee. Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat. 
Tiga penumpang yang kritikal ialah  Bu Wei Hong, 50, Heng Ah Lee, 60 dan Lim Tau Hong, 3 masih berada di Unit Rawatan Rapi. 
Tiga penumpang yang cedera ringan ialah Chong Soon Choy, 61, patah tangan manakala dua lagi, Ho Seok Yi, 18, dan Goey Wen Ni, 16. 
Kesemua mereka menaiki MPV Hyundai Starex yang dipandu Soon Choy dalam perjalanan dari Nibong Tebal untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan Cina di Muar, Johor. Kemalangan itu menyebabkan salah seorang mangsa putus kepala dan hancur anggota badan.


Tentera Syria Hilang Moral: Ramai Belot

Tentera Syria bertempur dengan sanak saudara mereka sendiri.  (Foto: Reuters)

DAMSYIK - Ramai tentera Syria lari dari pasukan masing-masing ketika berada di luar pengawasan pegawai mereka dan belot menyokong penentang kerajaan. 
Mereka dilaporkan belot kerana tidak mahu bertempur dengan saudara-mara mereka yang berjuang di sebelah pihak penentang. 
"Kerajaan Syria sering menghantar pasukan untuk bertempur di tempat asal mereka. Bagaimanapun tentera berkenaan tidak menemui pengganas tetapi saudara-mara mereka yang bangkit mengangkat senjata untuk menjatuhkan rejim Bashar al-Assad," ujar Abu Obaida. 
"Ramai tentera kehilangan moral. Mereka tidak dapat bertempur untuk kerajaan dengan sepenuh hati kerana ramai ahli keluarga mereka merayu supaya mereka belot ke pihak penentang," kata Bassam Humidy, salah seorang tentera Syria yang belot. 
Ramai tentera yang disyaki akan belot dipanggil semula dari lapangan, diawasi secara ketat oleh pegawai masing-masing dan senjata mereka ditarik balik agar senjata tersebut tidak dibawa bersama sekiranya mereka belot. 
Selain tentera, pembelotan juga dilakukan oleh anggota polis Syria, yang kini dikerah untuk membantu tentera bertempur dengan pihak penentang.
Anggota polis lebih mudah belot kerana mereka tidak tinggal di berek. 
Abu al-Homsi, seorang anggota polis yang belot ke pihak penentang menceritakan, kira-kira 70 orang dari pasukannya di bandar Allepo belot dan berjuang di pihak penentang. 
Homsi selanjutnya berkata, ketika ini hanya tinggal 11 orang dalam unit polis yang pernah dianggotainya. Kesemua anggota polis berkenaan kemudiannya dipaksa tinggal di markas tentera dan di awasi secara ketat.
_______________________________________________________________________

Pulak dah !
tentera Syria dikerah balik kampung
kononnya untuk menumpaskan pengganas
sampai di kampung
bukan pengganas yang mereka jumpa
tapi sanak saudara sendiri yang bangkit mengangkat senjata
menentang pemerintah yang menzalimi mereka !
 
Agak sulit juga
kalau kita berada dalam situasi mereka...

Menteri Pertahanan Israel Umum Undur Dari Politik

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak. Foto: AP

TEL AVIV - Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak membuat pengumuman mengejut bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada politik negara Yahudi itu. 
Bagaimanapun, bekas jeneral yang pernah menjadi Perdana Menteri Israel itu mengumumkan akan terus berkhidmat sebagai menteri pertahanan sehingga pentadbiran baru dibentuk pada 22 Januari akan datang. 
"Saya tidak membuat keputusan ini tergesa-gesa. Hal ini sudah saya fikirkan masak-masak," ujar Barak. 
Pengunduran Barak dijangka menggoncangkan dunia politik Israel menjelang pilihan raya umum nanti. 
Barak sebelum ini sering menjadi perantara kepada pentadbiran ganas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan pentadbiran Presiden Barack Obama yang selalu tegang. 
Ahli politik berumur 70 tahun itu memutuskan mengundurkan diri setelah Independence Party pimpinannya meraih momentum positif selepas serangan tentera Israel ke atas Gaza minggu lalu. 
Barak dilihat rapat dengan Netanyahu selama empat tahun terakhir, tetapi kedua mereka seperti berbeza pendapat tentang rancangan menyerang fasiliti nuklear Iran yang ditentang keras oleh Amerika Syarikat yang yakin, masalah itu boleh diselesaikan melalui diplomasi.
_______________________________________________________________________


Macam gila kerja ahli-ahli politik Israel nih !
sama ada Netanyahu atau Barak
sama-sama menggunakan perang ke atas Gaza untuk meraih populariti
bagi menghadapi pilihan raya yang tak lama lagi
sehingga nyawa manusia
tidak berharga buat mereka !


Didera Majikan Sebab Bangun Lambat?


Suryani dakwa didera majikan. Foto: Kosmo!
SUNGAI PETANI - Seorang gadis Indonesia tidak menduga kedatangannya ke sini untuk mencari rezeki halal sebagai pembantu rumah berakhir dengan dia mendakwa menjadi mangsa kekejaman majikan berketurunan Cina yang rakus menderanya sejak enam bulan lalu. 
Tidak tahan apabila sering dipukul dan dimaki hamun, Suryani Abdullah, 21, dari Jakarta, Indonesia akhirnya mengambil keputusan melarikan diri dari rumah majikannya di taman Sejahtera di sini pada pukul 12 tengah hari kelmarin.
Menceritakan kejadian itu, Suryani mendakwa, sejak bekerja di rumah majikannya itu, dia terpaksa menanggung azab apabila dikerah bangun seawal pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah sehingga lewat malam.
_______________________________________________________________________

Macam mana boleh jadi begini?
betulkah gadis ini cedera akibat didera majikannya?
kalau betul - mengapa dia didera?
dia didera supaya bangun awal
atau dia didera sebab selalu bangun lambat?
 
Bukan tak percaya
hanya ingin tahu bagaimana sebenarnya...
Tapi kita tak boleh cakap lebih-lebih
kita tunggu dulu kes ini disiasat polis...
_______________________________________________________________________

Berita lanjut:
SURYANI kini di bawah pengawasan polis selepas mendakwa menjadi mangsa dera majikannya di Sungai Petani sejak dua minggu lalu. Foto: Kosmo!
Polis telah menyiasat kes berkenaan dengan menangkap dua beranak yang berusia 61 dan 29 tahun di Taman Patani Indah, Sungai Petani. 
Suspek merupakan majikan Suryani ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau sebat. 
Siasatan awal polis mendapati mangsa telah dipukul dengan batang mop di badan dan muka. Mangsa telah bekerja dengan suspek sejak April lalu dan kerap dipukul sejak dua minggu kebelakangan ini. 
Menurut kenyataan pihak polis, Suryani mengalami kecederaan dan lebam pada muka dan mata kiri selain sakit dada serta punggung
_______________________________________________________________________

Baru jelas cerita sebenarnya
semoga orang yang melakukan perbuatan keji ini akan mendapat hukuman setimpal


Klon Ghandi Ditemui

Chaturvedi keluar dari rumahnya di pinggir New Delhi. Foto: Reuters

NEW DELHI - Seorang lelaki, Mahesh Chaturvedi mengamalkan cara hidup pejuang kemerdekaan dan perpaduan rakyat India, Mahatma Ghandi. 
Caturvedi berusia 63 tahun, memakai pakaian berwarna putih sama seperti yang dipakai Ghandi, memasak makanan dan berjalan menggunakan tongkat, mencukur rambutnya dan memakai cermin mata sehingga mukanya mirip Ghandi. 
Beliau mula mengamalkan cara hidup Ghandi sejak tahun 2002. 
Ghandi meninggal dunia pada 28 Januari 1948 semasa berumur 78 tahun selepas ditembak oleh seorang nasionalis Hindu bernama Nathuram Godse.
_______________________________________________________________________


Gandhi adalah pejuang kemerdekaan India
namun beliau tidak pernah menjadi perdana menteri !
selepas India merdeka pada 15 Ogos 1947
beliau hidup sebagai orang biasa
tanpa kawalan keselamatan...
 
Kini selepas 64 tahun dia meninggal dunia
dia masih diingati oleh sebahagian besar rakyat India
sehingga ada yang meniru penampilan dan gaya hidupnya


Kuasa Mursi Dicabar Di Mahkamah

Demonstrasi di Dataran Tahrir membantah dekri Mursi

KAHERAH - Mahkamah pentadbiran semalam menetapkan perbicaraan pertama pada 4 Disember nanti dalam kes mencabar dekri presiden yang memberikan lebih kuasa kepadanya. 
Menurut sumber mahkamah, kes berkenaan dibawa oleh peguam dan aktivis. 
Semalam, Mursi bertemu dengan hakim kanan untuk melembutkan penentangan terhadap dekri presiden yang mencetuskan bantahan ganas yang sama seperti revolusi yang menjatuhkan Presiden Mubarak tahun lalu. 
Pasaran saham Mesir menjunam kelmarin pada hari pertama dibuka selepas Mursi mengeluarkan dekri pada Khamis lalu, untuk meluaskan kuasa presiden buat sementara dan melindungi keputusan itu daripada tindakan perundangan. 
Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan Mursi dituduh 'diktator baru'.
_______________________________________________________________________

Mursi dilantik sebagai Presiden Mesir selepas menang Pilihan Raya Presiden yang pertama diadakan secara demokratik di negara itu. 
Bagaimanapun, Mursi menang dengan kelebihan undi yang tipis. Maknanya, pengaruh Mursi tidak begitu kuat. 
Sebelum Mursi mengambilalih kuasa pemerintahan sebagai Presiden, Majlis Tentera yang menjadi kerajaan sementara sebelum itu telah membubarkan Palimen Mesir yang ahlinya baru dipilih melalui pilihan raya demokratik. 
Sehingga sekarang, Mesir tidak mempunyai Parlimen. Boleh dikatakan sistem pemerintahan Mesir ketika ini adalah pincang. 
Mungkin, didorong oleh keadaan ini, Mursi mengisytiharkan dekri presiden selepas beliau berjaya menaja perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas. 
Malangnya, jasa Mursi itu masih belum cukup untuk meningkatkan pengaruhnya. Sedangkan ramai rakyat Mesir masih trauma dengan pemerintah diktator Mubarak selama lebih 20 tahun. 
Akibatnya, mereka mudah terpengaruh apabila diseru bangkit menentang dekri presiden sehingga tercetusnya bantahan ganas.

13 Maut Minum Ubat Batuk Tercemar Di Pakistan

Kilang ubat di China.

LAHORE (Pakistan): Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh selepas minum ubat batuk tercemar di sini, kelmarin, sekali gus memaksa pihak berkuasa menutup kilang farmasi dan perubatan, kata pegawai tempatan. 
Kilang ubat sepatutnya bersih
Mangsa dilaporkan dari kawasan kejiranan berpendapatan rendah di pinggir bandar dan berlaku antara Jumaat dan Ahad dengan kebanyakan mangsa adalah penagih dadah, kata ketua balai polis tempatan, Atif Zulfiqar. 
Skandal berkenaan terjadi selepas kira-kira 100 pesakit jantung mati pada Januari lalu, selepas mengambil ubat tercemar yang dihasilkan oleh kilang farmasi tempatan. 
"Sekurang-kurangnya 13 orang, kebanyakannya penagih dadah, meninggal dunia selepas mengambil ubat batuk bertoksik," kata Zulfiqar. 
"Tiga farmasi ditutup dan pemiliknya sudah ditahan," Katanya. - AFP
_______________________________________________________________________

Ubat batuk bertoksik?
ini kes naya nih !
lagi naya bila yang jadi mangsa tu...
para penagih dadah !
kasihan penagih dadah tu...
dia orang bukannya batuk pun
dia orang cuma ketagih...
ketagih minum ubat batuk !
tapi dia orang bukannya nak mati
tapi akhirnya terpaksa mati
mati sebab keracunan !
kasihan...
Tapi... 
Macam mana ubat batuk boleh tercemar?
macam mana ubat batuk boleh ada toksik?
kilang ubat tak bersih ke?
atau operator kilang pengotor?
atau pemilik kilang guna taktik kotor !