Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 23 April 2014

14 Cedera Pokok Hempap Kedai Makan




SELAMA - Dua parah manakala 12 yang lain cedera apabila sebatang pokok tumbang sebelum menghempap sebuah kedai makan di Kampung Tapah Sungai Bayor, pagi tadi. 
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua mangsa dikatakan sedang bersarapan di kedai berkenaan. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Mohd Fadzlie Che Husin berkata, kebanyakan mangsa berjaya dikeluarkan penduduk kampung. 
"Hanya dua mangsa yang tersepit, namun berjaya dikeluarkan, semua mangsa kini dirawat di Hospital Selama," katanya. 
Dua yang parah mengalami cedera di kepala dan muka sementara yang lain hanya luka dan calar di badan. 
Kerja pembersihan di lokasi kejadian selesai kira-kira jam 8.45 pagi tadi. 
Difahamkan semua mangsa sedang menjalani rawatan lanjut termasuk ujian sinar X dan akan dimasukkan ke Hospital Taiping sekiranya perlu. - Sinar Harian

Jeritan Mangsa



SELAMA - “Sebaik saja pokok besar itu tumbang menimpa kedai, saya dan pelanggan lain tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang saya dengar selepas itu hanya suara jeritan dan meminta tolong.” 
Demikian kata Hassan Basri Ahmad, 53, mangsa kejadian pokok tumbang menghempap kedai kopi di Kampung Tapah, Sungai Bayor, di sini, pagi semalam.  
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, 14 pelanggan cedera, dua daripada mereka parah selepas pokok dengan ukur lilit sebesar pemeluk orang dewasa dan setinggi hampir 11 meter menghempap kedai kopi berkenaan.  
Dua yang parah ialah Mohamad Hanafi Che Wok, 61, dan Hassan Hamid, 71, yang kini dirawat di Hospital Taiping. Seramai 12 lagi yang cedera termasuk kanak-kanak berusia lima tahun. - myMetro/24.04.2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.