Selasa, 23 Oktober 2012

Anak Clinton Mungkin Tanding Presiden

Chelsea anak tunggal Bill Clinton dan Hillary.
LONDON - Chelsea, anak perempuan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton, tidak menolak kemungkinan akan ikut jejak bapanya bertanding jawatan Presiden AS. 
Chelsea, 32, berkata demikian dalam satu wawancara televesyen dengan BBC. - Sinar Harian 18.10.2012
_______________________________________________________________________

Bukan setakat bapa dia orang politik, ibu dia juga orang politik. Kata bidalan Melayu, 'ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi'.  Maka, tak hairanlah jika budak ini berminat nak bertanding jawatan presiden dalam pilihan raya yang akan datang.
Dari kelayakan umur, Chelsea perlu menunggu lapan tahun lagi sebelum boleh menjadi calon presiden berdasarkan peraturan negara itu yang mensyaratkan seseorang calon mesti berumur tidak kurang 40 tahun.
Itupun jika sekiranya ibu Chelsea, Hillary tidak mencalonkan diri selepas tempoh jawatan Obama berakhir pada tahun 2016. Jika Hillary masuk bertanding dan terpilih sebagai presiden pada waktu itu, maka Chelsea terpaksa menunggu lama lagi selepas ibunya. Bagaimanapun Chelsea masih punya kesempatan kerana dia masih muda.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.