Rabu, 17 Oktober 2012

Arab Saudi Cuti Aidiladha 16 Hari!


RIYAD: Arab Saudi akan memberi cuti selama 16 hari kakitangan kerajaan sempena sambutan Aidiladha, yang dijangka disambut lewat bulan ini, lapor akhbar kelmarin. 
Cuti akan bermula 18 Oktober dan berakhir 3 November ini, memetik kenyataan Kementerian Perkhidmatan Sivil Arab Saudi. - Agensi
_______________________________________________________________________ 

Cuti raya 16 hari? Wow! lamanya. Maknanya: cuti dua minggu - gaji jalan. Tapi untuk kakitangan kerajaan sahaja. Sebab, pengumuman itu tidak menyebut cuti untuk sektor swasta.
Di mana-manapun, kakitangan kerajaan juga yang untung. Sudahlah berpendapatan tetap, kedudukan selamat, dihormati masyarakat, cuti pula hebat. Cuma tak tahu macam mana kedudukan di akhirat.
Namun, wajar juga kakitangan kerajaan Saudi dapat cuti panjang. Sebab, negara mereka akan menjadi tuan rumah kepada jutaan jemaah hari dari seluruh dunia.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.