Khamis, 18 Oktober 2012

Bahaya Bakteria Superbug

Bakteria Superbug

PUTRAJAYA: Rakyat diberi amaran mengenai ancaman bakteria Superbug yang boleh membawa maut jika mereka mengambil antibiotik dengan cara yang tidak betul. 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengambilan antibiotik secara tidak betul meningkatkan kes Antimicrobial Resistance (AMR) atau kebal terhadap ubat antibiotik dan sekali gus membentuk bakteria Superbug dalam tubuh pesakit. 
Beliau berkata, pihaknya bimbang dengan ancaman Superbug yang boleh menyerang bila-bila masa berikutan peningkatan penggunaan antibiotik dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.
"Terdapat rakyat negara ini mengambil antibiotik secara salah seperti menggunakan bahan itu tanpa nasihat doktor atau tidak menghabiskan antibiotik yang dibekalkan". Kosmo
 _______________________________________________________________________

Masalah orang sekarang ialah, mereka hendak segera dalam semua perkara. Makanannya makanan segera, minumannya minuman segera, hendak sampai ke sesuatu tempat dengan segera, hendakkan pangkat dengan segera - sehingga sakitpun, hendak sembuh dengan segera.
Maka jika mereka sakit sikit, jumpa doktor dengan segera, suka pergi ke klinik swasta kerana hendakkan layanan segera, tapi makan ubat ikut selera. Jika penyakit terasa kurangnya, pengambilan antibiotik dihentikan segera.
Hasilnya, bakteria yang dah nak mati tak jadi mati, penyakit yang dah nak sembuh datang kembali. Bila pengambilan antibiotik disambung kembali, ubat tu dah tak berkesan lagi. Maka dos ubat ditambahnya sendiri. Setelah perbuatan dilakukan berulangkali, bakteria akhirnya menjadi lali.

_______________________________________________________________________

Superbug adalah sejenis bakteria yang menyerang berbagai bahagian tubuh badan manusia termasuk kulit dan paru-paru. Bakteria dipanggil Superbug kerana ianya kebal kepada beberapa antibiotik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.