Isnin, 15 Oktober 2012

Budak Dua Tahun Maut Dihempap TV


Halif Hariz Khairil Anuar.

Saya rasa sedih pagi ini bila mengetahui, seorang budak lelaki berumur dua tahun meninggal dunia di hempap tv di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang kelmarin, sebagaimana yang dilaporkan oleh Berita Harian, Malaysiakini dan Kosmo Online.
Kejadian itu berlaku pada 1.50 petang ketika Halif Hariz Khairil Anuar yang baru berumur dua tahun sedang bermain sorong tarik laci di almari pakaian setinggi satu meter, menyebabkan tv 29 di atas almari itu jatuh menghempapnya.
Menurut ibunya, Halif menangis sekejap dan selepas itu senyap selepas dihempap tv. Kemudian, darah keluar dari hidung, mulut dan telinganya. Halif meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.
Tidak pula dinyatakan jenis tv yang jatuh menimpa Halif tetapi, berdasarkan kecederaan Halif itu, saya yakin tv berkenaan adalah berat dan bukan daripada jenis tv nipis (flat tv).
Halif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Teratai, Ampang. Namun yang membuat hati saya terasa pilu ialah, Halif baru genap berumur dua tahun pada 5 Oktober yang lalu.
Semoga kita mendapat iktibar daripada kejadian ini dengan tidak meletakkan benda-benda yang berat di atas almari, terutama jika almari itu yang tidak stabil dan kita mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Salam takziah buat ibu bapa arwah Halif iaitu Encik Khairil Anwar Mohamed dan Puan Nor Azlim Mohd Ali. Semoga Allah meringan kesedihan mereka berdua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.