Selasa, 9 Oktober 2012

Morsi Ampunkan Tahanan Politik Mesir



Presiden Mohamed Morsi telah memberi pengampunan kepada semua tahanan politik yang ditahan sejak awal pemberontakan yang menjatuhkan Hosni Mubarak tahun lepas. 
Pengampunan meliputi mereka yang menghadapi perbicaraan dan yang menjalani hukuman penjara kecuali mereka yang disabitkan kesalahan membunuh, kata jurucakap presiden. Namun tidak dinyatakan jumlah mereka yang mendapat pengampunan. 
Aktivis berkata, ribuan orang awam berhadapan dengan perbicaraan mahkamah tentera selepas kejatuhan Mubarak pada tahun 2011. Sekurang-kurangnya 5,000 tahanan politik masih dipenjarakan. Ramai yang ditangkap semasa tempoh 18 bulan kerajaan interim yang didominasi tentera memerintah Mesir di bawah pimpinan Field Marshal Hussein Tantawi. 
Sumber: Harakahdaily.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.