Setelah Tidak Lagi Menjadi Pemimpin
MANILA: Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo mengaku tidak bersalah di mahkamah negara itu atas dakwaan menyalahguna AS$8.8 juta dalam dana loteri awam iaitu kes rasuah ketiga terhadap beliau.
AP - Berita Harian 29.10.2012.
_______________________________________________________________________
Beginilah liputan berita bagi kebanyakan bekas pemimpin di negara sedang membangun. Ketika berada dipuncak kekuasaan, mereka nampak suci dan dianggap pembela rakyat. Tapi bila sudah meletakkan jawatan atau bersara, satu-satu keburukan mereka didedahkan.
Selepas berkuasa sekian lama, negara masih belum maju dan rakyat masih ramai yang miskin. Tapi bekas pemimpin, ahli keluarga dan kroninya menjadi kaya-raya. Sedangkan ada rakyatnya terpaksa bergadai nyawa menjadi pelarian di negara jiran demi untuk menyara diri dan keluarga. Sungguh menjengkelkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.