Rabu, 10 Oktober 2012

Tren Metro Mekah Sudah Siap

Tren di Makkah sedia untuk beroperasi.
Projek sistem pengangkutan kereta api atau tren Makkah sudah siap dan boleh digunakan pada musim haji tahun hadapan. Perkhidmatan tren akan menghubungkan Kota Makkah dengan tempat-tempat yang akan dituju oleh jemaah haji untuk melakukan ibadat.

Sistem pengangkutan menggunakan kereta api elektrik.

Dengan itu, masalah kesesakan lalu lintas pada setiap kali musim haji akan dapat di atasi dan perjalanan jamaah haji ke tempat-tempat berkenaan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.


Kereta api elektrik sedang di pandu uji.
Sebagai permulaan, penggunaan bas dan kenderaan lain untuk mengangkut jemaah haji akan dikurangkan mulai pada musim haji yang akan datang bagi mengurangkan kesesakan.


Koc yang digunakan berhawa dingin.

Manakala sejumlah 170,000 penumpang akan diangkut ke berbagai distinasi di sekitar tanah suci dengan menggunakan perkhidmatan tren.


Perjalanan tren melalui beberapa kawasan di sekitar tanah suci.

Pada musim-musim haji yang lalu, jemaah haji terpaksa mengambil masa yang lama untuk sampai ke distinasi yang dituju kerana menghadapi masalah kesesakan, selain terdedah kepada kemalangan yang boleh meragut jiwa.


Pemandangan di sebuah stesen.

Keseluruhan projek ini ditanggung oleh Kerajaan Arab Saudi dengan kos US$1.8 billion. Apabila projek ini siap sepenuhnya, perkhidmatan ini akan mampu menampung pengangkutan sejumlah 3 juta jemaah haji.


Krew kereta api sibuk membuat persiapan.

Tambang yang dikenakan kepada penumpang yang menaiki tren adalah US$67.00 untuk 7 hari dan US$27.00 untuk 4 hari.


Faktor keselamatan sangat penting.
Bagaimanapun, jemaah haji yang datang dari seluruh dunia perlu menggunakan perkhidmatan tren ini dengan berdisiplin dan bijaksana bagi mengelakkan jamaah haji tersepit pintu atau terjatuh di landasan, gara-gara berebut menaiki tren.

Pemandangan di sebuah stesen.
Selain itu, pihak pengendali perkhidmatan juga perlu mempunyai sistem operasi penyelenggaraan mesin dan perjalanan yang cekap bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan dan kemalangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.