Khamis, 29 November 2012

Asal Cerita Dunia Kiamat Bulan Disember 2012



David Morrison
CALIFORNIA - Selama bertahun-tahun, pakar astrobiologi dari National Aeronautics and Space Administration (NASA), David Morrison telah menjawab ribuan soalan berkaitan peristiwa alam yang mengancam kelangsungan dunia. 
Ramai orang ingin tahu tentang kemusnahan dunia ini. Ada ramalan mengatakan, planet Nibiru akan berlanggar dengan bumi, atau berakhirnya kalendar suku Maya akan mengakibatkan berakhirnya kewujudan dunia pada tahun 2012. 
Selama beberapa tahun juga, David Morisson berusaha menjelaskan kepada khalayak ramai tentang desas-desus planet Nibiru dalam website di bahagian Question & Answer (Q & A) milik NASA. Melalui website NASA berkenaan, Morisson berusaha menerangkan tentang asal-usul ramalan popular tersebut. 
Morisson mengatakan bahawa asal-usul ramalan berakhirnya dunia yang jatuh pada bulan Disember 2012 ada hubungan dengan cerita tentang planet Nibiru. Planet ini merupakan planet asing dari luar sistem suria, yang bergerak mendekati bumi ini. Planet ini kononnya ditemui oleh bangsa Sumeria. 
Zecharia Sitchin
Melalui karya fiksyen yang ditulis oleh Zecharia Sitchin tentang peradaban Sumeria-Mesopotamia kuno dalam beberapa buku, seperti The Twelfth Planet yang diterbitkan pada 1976, penulis itu mendedahkan tentang dokumen bangsa Sumeria yang dikenalpasti sebagai planet Nibiru. 
Planet ini kononnya mengorbit matahari setiap 3,600 tahun sekali. Cerita fiksyen ini juga mendedahkan tentang kisah "angkasawan kuno" yang mengunjungi bumi dari peradaban alien bernama Anunnaki. 
Morisson menegaskan, jika benar planet Nibiru akan melanggar bumi dan menyebabkan kehancurannya, sudah tentu kerajaan serta NASA tidak akan menyembunyikan maklumat tersebut. "Jika kerajaan mengetahui tentang Nibiru, mereka tidak akan  merahsiakannya untuk mengelakkan kepanikan orang awam," jelas Morisson. 
Selain Morisson, pengurus Program Makmal Jet Propulsion NASA, Don Yeoman sebelum ini juga membantah khabar angin mengenai kiamat pada tahun 2012. Dia mengatakan, jika benar planet Nibiru akan melanggar bumi, tentu tanda-tandanya dapat dikesan sejak lama dulu.  
Paling tidak, menurutnya, kesan graviti bumi serta planet lain akan dapat dikesan. Namun yang pasti, astronomi yang membuat pemerhatian tidak menemui satu bukti pun berkaitan perkara tersebut.
_______________________________________________________________________

Begitu asal ceritanya ...
BERMULA dengan CERITA FIKSYEN !
Tapi macam betul.
Namun sebenarnya tak betul.
Sebab TAK DISOKONG oleh FAKTA SAINTIFIK.
 
Tapi siapa sebenarnya ZECHARIA SITCHIN tu?
Apa motif sebenar dia buat cerita semua tu?
Sampai ramai yang jadi keliru !
Soalnya sekarang
Kita NAK PERCAYA David Morrison ATAU Zecharia Sitchin?
Yang pertama tu SAINTIS
Yang kedua tu hanya seorang PENULIS
sekarang nih tinggal kat Israel ! 
Apa pun, SEMENTARA DUNIA ini MASIH ADA, teruskanlah hidup.
TERUSKANlah BERAMAL dan berbuat baik.
BAYARLAH HUTANG yang belum dibayar jika benar-benar takut dunia ini akan kiamat.
HENTIKANlah PERBUATAN yang TIDAK BAIK.
Tingkatkan pahala, kurangkan dosa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.