Sabtu, 3 November 2012

Gaji Sektor Awam Naik Tahun Depan?

Ketua Setiausaha Negara menyampaikan trofi kepada Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

MELAKA - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan. 
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat. 
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
_______________________________________________________________________

Sabar dulu... baca betul-betul berita tu, lihat kata kunci pada awal berita, "akan mengkaji semula". Maknanya, baru peringkat nak buat kajian. Belum muktamad lagi. Bila nak buat kajian? Tahun depan - bukan bulan depan. Sekarang baru masuk bulan November. Bulan depan pula, bulan Disember. Paling cepat pun nak buat kajian, bulan Januari tahun depan. 
Masalahnya, takut-takut ada pihak yang salah faham dengan berita ini. Dikhuatiri, ada penjawat awam yang sudah mula pasang angan-angan nak buat loan baru, tambah loan atau sambung loan. Jangan pula nanti bak kata pepatah, "mendengar guruh di langit, air di tempayan habis dicurahkan" atau "burung terbang dipipiskan lada".
Kena fikir betul-betul. Berapa kenaikan yang dicadangkan? Lima peratus sahaja - bukan lima puluh peratus! Tak banyak mana pun. Untuk apa? Untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Bukan untuk meningkatkan hutang!
Kata orang yang bijak pandai, "berapa banyak pun wang yang kita terima, kita mesti berbelanja kurang daripada itu." Jika tidak, sampai bila pun pendapatan kita tidak pernah cukup. Sebab, "kekayaan ialah berapa banyak wang yang dapat kita simpan, bukan berapa banyak wang yang kita terima".



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.