Sabtu, 10 November 2012

Gara-gara Cemburu: Kekasih Dibelasah


Gambar hiasan.

Kajang - Gara-gara cemburu, seorang lelaki tergamak melarikan dan menjerut leher kekasihnya sehingga wanita itu mengalami keretakan pada tulang lehernya manakala kedua-dua belah pergelangan tangannya cedera.
Episod malang wanita yang bekerja sebagai pegawai bank bermula pada jam 5.30 petang Rabu lalu apabila mangsa dibawa kekasihnya tidak jauh dari rumahnya di Taman Cheras Awana, Batu 9 di sini.
Ketika berada di dalam kereta suspek, mangsa yang berusia 27 tahun mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh teman lelakinya yang dikatakan cemburu buta.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila dia dapat melarikan diri ketika cuba dibawa ke sebuah hotel di Seksyen 7, Shah Alam pada jam 7.00 malam. 
Menurut beliau, setelah terlepas daripada kekasihnya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Shah Alam semalam.
Suspek yang berusia 28 tahun itu kemudian ditangkap di sini pada jam 7.00 malam tadi. - Kosmo 
_______________________________________________________________________

Kekasih? Kekasih konon... Kekasih apa macam tu? Tergamak berlaku kasar terhadap perempuan... yang bukan bini dia...
Macam manalah agaknya kalau dah jadi bini dia... Belum jadi bini pun dah kena dera...
Sampai cedera kedua-dua belah pergelangan tangan... kena pukul sampai pengsan... retak tulang leher... ganas-ganas...
Kepada para cik adik... hati-hatilah dalam memilih kekasih tu...
Bukan semua lelaki handsome atau macho layak dijadikan kekasih!
Bayangkanlah betapa sakitnya kena belasah oleh lelaki yang tubuh badan dia tahap body builder... 
Hanya lelaki yang pengasih saja yang layak dijadikan kekasih... Kenalilah lelaki itu! Bertanyalah kepada yang tahu. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.