Khamis, 22 November 2012

Sebab Israel Setuju Gencatan Senjata

Keadaan tentera Israel di sempadan Gaza.


TEL AVIV - Beberapa hari sebelum gencatan senjata diumumkan di Kaherah, Mesir, terdapat anggota tentera Israel yang merasa bimbang untuk menyertai serangan darat ke atas Gaza. 
Hal ini dapat dilihat daripada gerak geri mereka, kata pegawai akhbar tentera Israel. Beliau dilaporkan oleh Mehr News sebagai berkata, "Anggota tentera Israel kelihatan sangat bimbang ketika menerima perintah untuk melakukan serangan darat ke Semenanjung Gaza. 
Terdapat pula anggota tentera Israel yang mengumpulkan tanda tangan memohon pagawai atasan di Tel Aviv supaya mengkaji semula rancangan menyerang Gaza.
_______________________________________________________________________

Tu dia...
tau takut !
 
Kalaulah Hamas masih lemah macam dulu...
tentulah tentera Israel akan menyerang Gaza...
dengan berani dan sombong !
Tapi bila Hamas ada kekuatan...
maka tentera Israel yang di kerah ke sempadan Gaza...
jadi segan...
nak tunjuk jantan!
Barulah Palestin ada power...
tawar menawar dalam rundingan gencatan senjata !
kalau tidak...
asyik Israel saja yang mengenakan syarat...
Palestin pula kena sentiasa terima syarat! 
Betullah kata orang...
selama ini tentera Israel berani...
sebab mereka berdepan dengan Palestin yang lemah! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.