Rabu, 14 November 2012

Ayah Tunggal Mithali

Hassan menunjukkan Anugerah Keluarga Mawaddah DUN Pangkalan Kubur dan anugerah sama untuk peringkat negeri Kelantan Anjuran Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterimanya baru-baru ini.

Tumpat: Perlu garang dan tegas, namun jangan sekali-kali memukul anak, itulah amalan seorang bapa tunggal membesarkan 11 anaknya. 
Hasilnya, 11 anak Hassan @ Malik Omar, 75, kini berjaya, ada yang menjawat jawatan sebagai doktor, guru, tentera laut dan ahli perniagaan. 
Lapan tahun hidup keseorangan selepas kematian isteri tersayang, Esah Mamat, 62 akibat kencing manis, bapa tunggal yang lebih mesra dengan panggilan Pak Su Malik itu tidak pernah mengongkong hidup anaknya, tetapi lebih mesra dengan panggilan Pak Su Malik itu tidak pernah mengongkong hidup anaknya, tetapi tidak membiarkan mereka terlalu bebas. - Berita Harian
_______________________________________________________________________

Tahniah kepada ayah tunggal ini... garang dan tegas... tapi tak pukul anak... 
Hebat pencapaian anak-anak dia... ada jadi doktor... ada jadi guru... ada jadi tentera... ada jadi ahli perniagaan! 
Tidak seperti setengah bapa... di rumah bapa belasah anak... di sekolah... anak dia pula belasah budak lain... 
Di sekolah... anak dia jadi kaki pukul... bila sudah besar... anak dia jadi samseng!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.