Rabu, 21 November 2012

Israel Ragu Lancar Serangan Darat Ke Atas Gaza

Kereta kebal Israel bersiap di sempadan Gaza (Foto: AP)

WASHINGTON - Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat (AS) Michael Oren menyatakan, negaranya mungkin mengelak untuk melancarkan serangan darat ke atas Gaza. Hal tersebut disebabkan oleh kebimbangan terhadap meningkatnya kecaman masyarakat antarabangsa terhadap Israel. 
Semasa serangan Israel ke atas Gaza pada 2008, negara itu telah melakukan serangan darat selama 22 hari, menyebabkan kira-kira 1,300 penduduk Gaza telah mati terbunuh. 
Israel tidak mahu mengulangi kejadian itu, di mana masyarakat antarabangsa telah bangkit mengutuk Israel. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menganggap Israel melakukan jenayah perang, membuatkan Israel mengalami kerugian diplomatik yang cukup besar. 
Sementara itu, penganalisa politik Timur Tengah, Haim Malka juga menyatakan hal yang sama. "Perdana Menteri Netanyahu ragu untuk melakukan serangan darat kerana bimbang terhadap risiko yang akan diterimanya sama ada di luar atau di dalam negeri," ujar Malka, sebagaimana yang dilaporkan CNN, pada Selasa (20/11/2012). 
"Banyaknya korban di Gaza akan mengurangkan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap Israel untuk membela diri daripada serangan roket Hamas," tambahnya lagi. 
Masyarakat Israel sendiri tidak begitu setuju kerajaan mereka melakukan serangan darat ke atas Gaza. Dalam tinjauan pendapat yang dijalankan oleh akhbar Jerusalem Post, hanya 25 peratus responden yang mahu serangan darat dilancarkan. 
Manakala 45 peratus responden lagi memilih Israel melakukan serangan udara. Kajiselidik itu juga mendapati 22 peratus responden mahu Israel mengadakan gencatan senjata.
_______________________________________________________________________

Keadaan sekarang
tidak sama dengan dulu
Palestin dibawah pimpin oleh Hamas
tidak sama dengan Palestin di bawah PLO!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.