Selasa, 27 November 2012

Kuasa Mursi Dicabar Di Mahkamah

Demonstrasi di Dataran Tahrir membantah dekri Mursi

KAHERAH - Mahkamah pentadbiran semalam menetapkan perbicaraan pertama pada 4 Disember nanti dalam kes mencabar dekri presiden yang memberikan lebih kuasa kepadanya. 
Menurut sumber mahkamah, kes berkenaan dibawa oleh peguam dan aktivis. 
Semalam, Mursi bertemu dengan hakim kanan untuk melembutkan penentangan terhadap dekri presiden yang mencetuskan bantahan ganas yang sama seperti revolusi yang menjatuhkan Presiden Mubarak tahun lalu. 
Pasaran saham Mesir menjunam kelmarin pada hari pertama dibuka selepas Mursi mengeluarkan dekri pada Khamis lalu, untuk meluaskan kuasa presiden buat sementara dan melindungi keputusan itu daripada tindakan perundangan. 
Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan Mursi dituduh 'diktator baru'.
_______________________________________________________________________

Mursi dilantik sebagai Presiden Mesir selepas menang Pilihan Raya Presiden yang pertama diadakan secara demokratik di negara itu. 
Bagaimanapun, Mursi menang dengan kelebihan undi yang tipis. Maknanya, pengaruh Mursi tidak begitu kuat. 
Sebelum Mursi mengambilalih kuasa pemerintahan sebagai Presiden, Majlis Tentera yang menjadi kerajaan sementara sebelum itu telah membubarkan Palimen Mesir yang ahlinya baru dipilih melalui pilihan raya demokratik. 
Sehingga sekarang, Mesir tidak mempunyai Parlimen. Boleh dikatakan sistem pemerintahan Mesir ketika ini adalah pincang. 
Mungkin, didorong oleh keadaan ini, Mursi mengisytiharkan dekri presiden selepas beliau berjaya menaja perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas. 
Malangnya, jasa Mursi itu masih belum cukup untuk meningkatkan pengaruhnya. Sedangkan ramai rakyat Mesir masih trauma dengan pemerintah diktator Mubarak selama lebih 20 tahun. 
Akibatnya, mereka mudah terpengaruh apabila diseru bangkit menentang dekri presiden sehingga tercetusnya bantahan ganas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.