Selasa, 20 November 2012

Mayat Wanita Ditemui Dalam Tong Sampah

ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang wanita yang ditemui dibuang di dalam tong sampah di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh semalam.

PETALING JAYA - Seorang buruh binaan warga Bangladesh tidak menyangka bungkusan kanvas yang ditemui di dalam tong sampah di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini semalam mengandungi mayat seorang wanita yang dipercayai mangsa bunuh. 
Buruh yang mahu dikenali sebagai Hassan, 22 berkata, bungkusan itu ditemui pada pukul 11 pagi ketika dia mahu membuang sisa binaan ke dalam tong sampah yang diletakkan di hadapan sebuah rumah kedai yang sedang diubah suai. 
"Melihat bentuk bungkusan itu, saya takut untuk membuka dan saya terus menghubungi tauke saya yang ketika itu berada di Batu Caves sebelum tauke saya menghubungi polis," kata Hassan yang bekerja sebagai buruh di rumah kedai yang sedang dalam proses diubahsuai. 
Hassan yang ditemui di sini memberitahu, polis yang tiba di tempat kejadian pada pukul 12.30 tengah hari membuka bungkusan tersebut dan menemui mayat seorang wanita lewat 20-an. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, mayat wanita warga asing itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke dalam tong sampah tersebut. 
Semasa ditemui mayat itu lengkap berpakaian.
_______________________________________________________________________

Ketua Polis Negara baru saja berkata...
Malaysia adalah negara ke-8 'paling bahagia' di dunia!
tapi kini dah keluar berita...
membuatkan kita kurang bahagia...
dan mungkin trauma!
Bayangkan
bagaimana tak trauma
jika mayat manusia ditemui
dalam tong sampah
tempat kita atau anak isteri kita
selalu membuang sampah 
Begitulah sekarang...
orang boleh campak...
mayat manusia dalam tong sampah...
macam sampah tak berguna! 
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.