Isnin, 26 November 2012

Memang Maut Kalau Dah Ajal


Seorang ahli keluarga Sa'audah menunjukkan
tempat dia ditemui mati. Foto: Kosmo!
PASIR PUTIH - Hajat seorang warga emas hendak menikmati makan tengah hari berlaukkan kulat sisir kegemarannya tidak kesampaian apabila dia ditemui meninggal dunia selepas dihempap batang kayu reput ketika mengutip spesies cendawan itu di kampung Chengal Pulas dekat sini semalam. 
Mayat Sa'audah Abdullah, 96, ditemui oleh anggota keluarganya kira-kira lapan meter dari belakang rumahnya dalam keadaan pinggangnya dihempap batang kayu tersebut.
_______________________________________________________________________

Allahyarham adalah orang yang panjang umur
meninggal dunia ketika berumur 96 tahun
 
Bagi saya
Allahyarham adalah seorang yang hebat
dalam usia lanjut begitu
masih mampu berusaha
mencari sendiri apa yang hendak dimakan
bukan duduk berserah
menanti rezeki datang sendiri
atau menunggu orang datang memberi
Dia meninggal dunia pun dengan cara yang mudah
hanya kerana sedikit kemalangan
bukan selepas sakit berpanjangan
Semoga menjadi iktibar kepada kita yang masih sihat
supaya kuat mencari sendiri rezeki yang halal
 
Semoga
Allah mencucurkan rahmat ke atas roh Allahyarham
dan takziah kepada semua ahli keluarganya...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.