Rabu, 7 November 2012

Obama Menang



Berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh Election Center pada jam 12.43 tengah malam waktu Timur Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah mengalahkan Mitt Romney dalam pilihan raya presiden yang dianggap paling sengit dalam sejarah negara itu.
Obama yang mempertahankan jawatan setakat ini memperolehi 280 undi electoral college, manakala Romney hanya mendapat 203 undi.
Namun, dari segi perolehan undi popular, Romney mengatasi Obama dengan mendapat 44,477,318 undi (49%), berbanding Obama yang mendapat 44,278,104 (49%).
Bagaimanapun, berdasarkan peraturan pilihan raya presiden yang sedia ada, seseorang calon hanya diperlukan memperolehi 270 daripada 538 undi electoral college untuk diisytiharkan sebagai pemenang.
Oleh itu, Obama secara teknikal dianggap muncul sebagai pemenang kerana mendapat 280 undi electoral college dan kembali ke White House bagi meneruskan tugasnya sebagai Presiden AS selama empat tahun lagi.
_______________________________________________________________________

Obama yang berada di Chicago mengucapkan terima kasih melalui twitter kepada para penyokongnya, sebaik keputusan awal pilihan raya presiden menunjukkan beliau menang dalam pilihan raya tersebut.
----------------------------------------------------------------------------------------------- 
Terkini, Obama mendapat 303 undi electoral college. Romney kekal mendapat 203 undi, sekali gus ketinggalan 100 undi berbanding Obama. Ini bermakna kedudukan Obama semakin kukuh. Dari segi undi popular, Obama mendapat 49.6%, mengatasi Romney yang mendapat 48.9%. 
----------------------------------------------------------------------------------------------- 
Obama, isteri dan anaknya menyambut kemenangan
Sebentar tadi Romney telah melefon Obama dan memanggilnya "Mr President". Setakat ini, Perdana Menteri Britain, David Cameron telah mengucapkan tahniah melalui telefon kepada Obama. Begitu juga Presiden Perancis, Nicolas Hollande.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.