Ahad, 25 November 2012

Pemilik Telefon Pintar Berisiko Kena Rompak


KUALA LUMPUR - Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem geolocation mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat. 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan dan aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada jenayah pecah rumah dan rompakan. 
Ramai penggemar laman sosial suka mengemas kini atau check in lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti Foursquare atau Facebook untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka. 
Namun, tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjayah memperoleh maklumat sasaran mereka melalui alam siber, katanya. 
Syed Ismail berkata, ada juga pengguna laman sosial yang mengemas kini status semasa dengan menyatakan mereka akan meninggalkan kediaman mereka untuk beberapa hari dan tindakan itu mengundang risiko kepada keselamatan kediaman mereka. 
Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah kemungkinan laman sosial mereka dicerobohi dan maklumatnya digunakan penjenyah. 
Syed Ismail berkata, tindakan mengemas kini kedudukan atau kegiatan semasa juga berisiko mengundang berlakunya jenayah korporat terhadap individu yang memegang status atau jawatan besar dalam sesuatu organisasi. 
Ada pihak cuba mencari maklumat menandingi pesaingnya dan sanggup berbuat apa saja bagi tujuan itu, katanya. 
Jenayah korporat dalam dunia perniagaan pula berkemungkinan penjenayah melakukannya bagi kepentingan perniagaan seperti mencuri data perniagaan dalam usaha mensabotaj pesaing, katanya. 
Syed Ismail berkata, meskipun setakat ini belum ada maklumat atau aduan mengenai kegiatan jenayah seperti pecah rumah atau rompakan disebabkan tindakan mengemas kini status atau kedudukan, namun langkah keselamatan dan risiko harus diketahui pengguna. 
Beliau menasihatkan pengguna supaya bijak menggunakan aplikasi demikian serta memahami fungsinya. 
Katanya, sebanyak 24 kes kegiatan menggodam mengakibatkan kerugian kira-kira RM3.3 juta dilaporkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini. 
Sebelum ini, Ketua Pembangunan Perniagaan CyberSecurity Malaysia, Mohd Anwer Mohamed Yusoff berkata, negara kerugian RM2.75 bilion dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akibat jenayah siber khasnya dalam sektor kewangan. 
Bernama
____________________________________________________________________

Sungguh juga...
jika kita tulis dalam facebook contohnya:
"saya bertolak ke Ipoh pagi ini untuk bercuti...
dan balik semula ke KL pada 2/12/2012..."
maka para penyamun kat KL dah jadi tau
kita tak ada kat rumah
antara 25/11/2012 hingga 2/12/2012 !
 
Dengan mengesan lokasi rumah kita
maka mudahlah penyamun itu beroperasi !
Sudahnya
selepas seminggu seronok bercuti
balik ke rumah kita rasa sakit hati
sebab rumah dipecah masuk oleh pencuri !
Semoga peringatan ini berguna untuk pencuri kepada kita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.