Sabtu, 24 November 2012

PM Israel Disindir Tenteranya

16 anggota tentera Israel membentuk tulisan Ibrani berbunyi, "Makcik Kalah". Foto: Daily Mail

TEL AVIV - Sekumpulan tentera Israel yang 'giant' hendak berperang tidak berpuashati dengan persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas. 
Bagi sekumpulan 16 anggota tentera Israel, gencatan senjata tersebut merupakan mimpi buruk kepada mereka. Bagi mempamerkan perasaan kecewa, mereka berbaring di kawasan lapang dan membentuk formasi yang menyerupai tulisan Ibrani yang berbunyi, "Makcik (Perdana Menteri Benjamin Netanyahu) kalah."
Pendedahan gambar tersebut menyebabkan ada pihak mahu kejadian itu diambil tindakan undang-undang. Namun beberapa pihak yang lain mengatakan, anggota tentera berkenaan hanya mengalami tekanan dan kekecewaan. Mereka telah dikerah untuk berperang di Semenanjung Gaza tetapi selepas itu ditahan daripada berbuat demikian. 
Times of Israel
____________________________________________________________________

Inilah padahnya bila PM Yahudi tu cakap besar !
Sebelum ini
dia sendiri yang menghasut tenteranya supaya menyerang Gaza habis-habisan
dengan janji mereka akan menang dengan mudah !
 
Tapi selepas beberapa kawasan Israel dihujani roket Hamas
termasuk bandar Tel Aviv dan Jerusalem
dia terkejut, jadi ragu-ragu dan takut
lalu setuju gencatan senjata
membuatkan 16 anggota tentera berkenaan rasa kecewa!
 
Tapi
dia orang semua ni berani sangat ke?
atau sekarang buat-buat berani
sebab perang tak jadi !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.