Selasa, 20 November 2012

Puting Beliung Air Di Australia

SEBUAH kenderaan pacuan empat roda melalui jalan pantai di Teluk Batemans, Australia ketika puting beliung air berlaku kelmarin.

SYDNEY, Australia - Satu kejadian puting beliung air gergasi dilihat di kawasan pantai Teluk Batemans yang terletak sekitar 225 kilometer ke selatan bandar raya ini kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin. 
Fenomena alam semula jadi itu terbentuk apabila puting beliung berlaku di atas permukaan laut. 
Puting beliung air boleh bergerak selaju 128 kilometer sejam (km/j) dengan pusaran anginnya pula bertiup pada kelajuan antara 96 km/j hingga 192 km/j. 
Ribut berkenaan boleh menyebabkan kemusnahan besar pada terumbu karang, kehidupan marin dan mengancam bot, pesawat serta perenang. 
Walaupun jarang berlaku di Australia, empat puting beliung air gergasi pernah dilihat di Pantai Avoca di sini pada Mei tahun lalu.  
Agensi
_______________________________________________________________________

Maknanya...
fenomena ini tidaklah merbahaya sangat
kerana ia boleh dihindari.
Namun...
kalau kita berada di tengah laut
ia patut dielakkan dan dijauhi
kerana pusaran anginnya
boleh mengancam bot dan pesawat!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.