Jumaat, 7 Disember 2012

Apa Kata Musa Hassan Tentang Polis

Tan Sri Musa Hassan (kiri sekali) bercakap dalam satu majlis baru-baru ini

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata ceramah politik tidak boleh dibuat sebelah-menyebelah atau berdekatan dengan acara parti lawan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti yang berlaku Selasa lalu. 
Katanya, beliau sendiri tidak pernah membenarkan perkara itu dilakukan ketika menjadi ketua polis di sebuah daerah di Melaka. 
"Pemimpin politik perlu sedar politik ini perlu dibuat secara aman. Kalau sesuatu ceramah dibenarkan, jangan pula benarkan pihak lawan buat perkara yang sama," katanya pada sidang media selepas menyertai satu wacana di Shah Alam petang ini. 
Beliau mengulas kejadian yang didakwa menyebabkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat cedera dalam kejadian pada ceramah PKR di Gombak itu. 
Beliau turut mengingatkan bahawa polis berperanan untuk mengawal ketenteraman awam dan berusaha agar penyokong parti lawan tidak memasuki kawasan ceramah parti lain untuk mengelak kejadian tidak
diingini. 
"Apabila ada pihak yang ceroboh masuk, polis sepatutnya tidak benarkan kerana polis jaga harta dan nyawa org ramai," katanya.
 _______________________________________________________________________

O... o... o... begitu ye !
Apa pula kata Bapak Habibie, guru demokrasi dan mantan Presiden Indonesia dalam pidatonya di Universiti Selangor, Shah Alam semalam, tentang tangkap menangkap:
"Penjara itu hanya untuk mereka yang melakukan jenayah dan merosakkan keamanan negara bukan untuk orang politik yang berpandangan lain dengan anda. Kita tidak boleh menahan seseorang atas sebab dia tidak setuju dengan anda,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.