Jumaat, 21 Disember 2012

Apa Khabar Pemuja Kiamat Di Bugarach?

Beribu-ribu pemuja kiamat berpusu-pusu ke kampung kecil Bugarach, di selatan Perancis, berdoa semoga alien akan menyelamatkan mereka apabila wahyu datang. Ini ialah iklan restoran di daerah ini yang bermaksud: 'akhir dunia adalah di sini'

Polis telah mengadakan sekatan bagi menghalang pemuja kiamat daripada mendekati 'gunung mistik' berhampiran perkampungan Perancis yang mereka percaya akan menjadi satu-satunya tempat yang selamat apabila dunia kiamat.

Paul Gumn Briton dan isterinya, Penny, kedua-duanya 62, menghabiskan enam bulan tahun ini di rumah mereka di Bugarach. Beliau berkata taman itu mempunyai pandangan yang indah.

Pemantau Kerajaan Perancis sedang menyiasat kemungkinan aktiviti pemujaan dahsyat atau bunuh diri akan berlaku di tempat ini. Di atas, dua pakar memeriksa gua di Bugarach. Pemuja kiamat percaya di bawah gunung mistik ini terdapat pangkalan alien yang akan menyelamatkan manusia pada 21.12.2012.

Matahari terbit di Bugarach yang terletak di kaki bukit Pyrenees.

Seorang pakar speleologist gendarmerie memeriksa salah satu gua di Bugarach.

Datuk Bandar Bugarach, Jean-Pierre Delord telah merayu kepada pemuja kiamat agar menjauhkan diri dari kampung mereka yang hanya didiami oleh 189 penduduk.

Matahari naik di Bugarach. Datuk Bandarnya berkata: 'Jika 10,000 orang hadir pada 21 Disember, kampung kami tidak akan mampu menampungnya'




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.