Khamis, 20 Disember 2012

AS Cari Jalan Kawal Penggunaan Senjata Api

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (kanan) mengumumkan pembentukan pasukan petugas antara agensi untuk senjata yang diketuai Naib Presiden Joseph Biden pada hari Rabu.

Tasha Devoe, kiri, menyertai perarakan membantah penggunaan senajata tanpa kawalan di Washington DC pada hari Isnin selepas tragedi Sandy Hook.

NEWTOWN: Pemimpin Amerika Syarikat (AS) mula merancang untuk menyekat keganasan menggunakan senjata api kelmarin susulan insiden 26 orang ditembak mati di sebuah sekolah rendah di Connecticut. 
Ia bermula dengan keputusan Presiden Barack Obama mengarahkan Naib Presiden Joe Biden mencari pendekatan untuk mengelakkan tragedi di bandar Newtown berulang. 
“Ramai pemilik senjata api yang mematuhi undang-undang tentu antara yang paling awal setuju dengan pandangan supaya kita wajar menyekat segelintir pihak tidak bertanggungjawab membeli senjata,” kata Obama. 
Selain itu, Senator Richard Blumenthal dan Chris Murphy bertemu dengan 40 penduduk Newtown yang mendesak ahli politik berkenaan supaya memperketat peraturan memiliki senjata api. 
Blumenthal berkata, ketika bertanya mereka jika ada sesuatu yang dapat beliau lakukan, mereka mengulas: “Ya, ambil langkah mengenai jualan senapang.” - REUTERS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.