Isnin, 24 Disember 2012

AS Jual Dua Kapal Perang Kepada Iraq

Kapal perang yang dijual AS kepada Iraq. Foto: AFP


BAGHDAD - Amerika Syarikat (AS) menjual dua kapal perang miliknya kepada Iraq. Penjualan tersebut bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan maritim Iraq.

Kapal yang panjangnya 60 meter itu diserahkan oleh Angkatan Laut AS pada 20 Disember lalu. 
"Kapal perang tersebut adalah kapal pelbagai guna yang boleh melakukan pelbagai operasi yang dijalankan angkatan laut Iraq," jelas Kedutaan AS di Iraq.

Kapal tersebut akan digunakan oleh tentera Iraq untuk melakukan rondaan bagi menjaga projek eksplorasi minyak yang terdapat di kawasan pesisir pantai Iraq.

AS merupakan pembekal senjata utama Iraq. Negara Arab itu sedang membina kembali kekuatan tenteranya yang musnah semasa serangan AS pada 2003 lalu. Pihak Iraq mensasarkan tahun 2020 untuk tenteranya kembali berfungsi sepenuhnya.

Kerajaan Iraq menyatakan, tenteranya ketika ini belum memiliki keupayaan untuk menjaga wilayahnya. Sebelum ini tugas pertahanan negara tersebut dilakukan oleh pasukan AS. Namun sejak Disember tahun lalu AS telah menarik balik pasukannya di Iraq.
Kedua buah kapal perang itu berharga US$115. 5 juta. Nilai tersebut termasuk biaya latihan untuk pegawai Iraq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.