Rabu, 5 Disember 2012

Bas Langgar Treler Dekat Gopeng

Bahagian hadapan bas remuk. Foto: myMetro


KAMPAR: Seorang pemandu bas terbunuh manakala 10 penumpang cedera apabila bas yang mereka naiki dipercayai merempuh belakang treler di Km 304.6 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gopeng tengah malam tadi. 
Foto: Bernama
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata pemandu itu Abdul Rahim Musa, 57, dari Rumah Pangsa, Jalan Hospital, Ipoh terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan 12.40 malam itu.  
Mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala 10 mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, katanya.  
Foto: Bernama
Bas tersebut yang membawa 13 penumpang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh dilaporkan merempuh belakang treler di hadapannya ketika mendaki bukit. 
"Akibat kejadian itu, hadapan bas tersebut remuk teruk dan pemandunya tersepit dan mayatnya terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat," kata Ng.
Tiga lagi penumpang bas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama
Sumber: Sinar Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.