Rabu, 19 Disember 2012

Khabar Buaya Dari Bumi Kenyalang

SARATOK: Zipni Jali, 42, tidak menyangka ketika dia bersama anaknya Faizal Zipni, 18, hendak mengangkat jaring yang dipasangnya Ahad lalu, seekor buaya betina  sepanjang kira-kira 2.5 meter tersangkut dalam jaring berkenaan.

MIRI: Lokasi jeti (dalam bulatan) tempat Alimina mengalahkan seekor buaya di Sungai Sibuti, Miri kelmarin.


MIRI - Seorang petani terselamat daripada maut setelah dia bertindak nekad menumbuk mata kiri seekor buaya yang menyerangnya di Sungai Sibuti di sini kelmarin. 
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Alimina Lamat, 44, dari Kampung Bulau Ulu, Sungai Sibuti sedang mencangkung di atas jeti untuk mandi sebelum tiba-tiba dilibas buaya berkenaan dipercayai sepanjang dua meter. 
Menurutnya, sejurus diserang, Alimina terus menumbuk mata kiri Sang Bedal tersebut sebelum buaya berkenaan menggigit kaki kirinya. 
"Mujur saya tidak tercampak ke dalam sungai dan sempat bergelut dengan buaya itu dari atas jeti. 
"Saya juga sempat menendang tepat kepala buaya berkenaan sebelum ia hilang daripada pandangan saya," ceritanya di sini semalam. 
Mencerita lanjut, dia yang telah berpuluh tahun mandi di jeti tersebut tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepada dirinya. 
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bekenu ketika dihubungi menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa mandi kawasan sungai tersebut. - Kosmo!
_____________________________________________________________

Demikianlah adanya...
kalau sebelum ini manusia kalah dengan buaya...
kini buaya pula yang kalah dengan manusia !
 
Namun kena waspada !
patuhilah nasihat pihak polis...
 
Selain itu jangan lupa...
ada lagi yang lebih ganas daripada buaya sungai tu !
buaya darat...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.