Selasa, 11 Disember 2012

Mari Lihat Kereta Fiat Panda Diubah Suai

Versi terbaru Fiat Panda. Model asal telah diperkenalkan di pasaran British pada tahun 1980.

Tapi Fiat panda di atas telah diubah suai menjadi sebuah trak 4x4 raksasa yang mampu mengharungi berbagai bentuk rupa bumi yang paling sukar di dunia.

Kenderaan bersaiz super ini dapat melalui kawasan salji tebal.

Kenderaan 4x4 one-off dilengkapi dengan roda 60-inci dan kuasa yang cukup untuk melalui laluan bersalji

Dengan menggunakan platform Jeep CJ7 dan dilengkapi dengan roda diameter 1.5metre, Fiat Panda baru dapat pergi ke mana-mana.

Salah satu kereta terkecil di pasaran telah diubahsuai menjadi trak raksasa yang mampu melalui beberapa bentuk muka bumi yang paling sukar di dunia. 
Dengan 3.9 meter tinggi, Panda Big Foot Besar adalah dua kali lebih tinggi daripada model standard dan ia menggunakan platform Jeep CJ7 dan dilengkapi dengan roda diameter 1.5 meter. 
Fiat mengambil masa dua minggu dengan kerja sama firma Itali, Mercurio Cinematografica, pereka set Andrea Faini dan Bengkel Fabio Gementi  untuk membuat kenderaan ini boleh beroperasi sepenuhnya.
_______________________________________________________________________

Kepada pemilik kereta Myvi kat Malaysia nih
bolehlah ubah suai kereta anda menjadi seperti di kereta atas
 
Tapi sebelum itu
pastikan kereta anda dah habis bayar
bukan masih hak milik dituntut oleh finance lagi
dan yang paling penting
duit yang anda ada dah berlebih-lebihan
sampai tak tau nak buat apa dah dengan duit tu
yang kalau anda buat ubah suai kereta anda
anda tak akan sesak duit poket dan belanja dapur
Satu lagi
pastikan anda tak ada masalah dengan JPJ
dengan polis trafik
dengan insuran
dengan pihak-pihak lain
dengan isteri (ini mustahak nih)!
Yang paling penting
risiko anda mesti tanggung sendiri
kita kat blog ini
tak bertanggungjawab
atas segala risiko dan kesulitan yang anda alami
akibat tindakan anda membuat pengubahsuaian  ke atas kereta anda.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.