Khamis, 6 Disember 2012

Mahalnya Biaya Mengangkat Darjat Kim Jong Il

Patung pemimpin Korea Utara. Foto: IST


PYONGYANG - Korea Utara menghadapi krisis kewangan yang serius setelah mengeluarkan dana sebanyak US$10 juta (RM30 juta) untuk membina patung gangsa mendiang Kim Jong Il berukuran 23 meter. 
Selain itu, Korea Utara juga telah membina tujuh patung serupa dengan harga yang mencapai puluhan juta dolar Amerika Syarikat (AS). 
Negara komunis itu telah memperuntukkan dana sebanyak US$25 juta (RM75 juta) untuk membina 'Menara Kehidupan Abadi' sejak Kim Jong Il meninggal dunia, bagi meningkatkan polularitinya dan menyamakan mendiang dengan ayahnya, Kim Il Sung. 
Rakyat Korea Utara yang bekerja di luar negara telah diminta menderma sebanyak US$150 (RM450) seorang untuk membantu pembinaan patung tersebut. Korea Utara dikhabarkan giat meminjam wang dari Rusia, bank-bank di Asia dan para lintah darat di Eropah. 
"Jika mereka tidak mempunyai wang, rejim Korea Utara sepatutnya menghentikan pembangunan patung itu," ujar salah seorang pembelot Korea Utara. 
Korea Utara sering marah apabila mendengar kritikan mengenai krisis makanan dalam negara itu, terutama kritikan dari Korea Selatan. Sehingga kini, Korea Utara beranggapan bahawa mereka masih mampu memberi makan rakyatnya, walaupun mereka menghabiskan banyak wang untuk membina patung-patung berkenaan.
_______________________________________________________________________

Ini negara komunis yang pelik !
walaupun negara republik...
bukan negara pemerintahan beraja...
tapi presidennya macam raja...
jawatan presiden boleh diwariskan kepada anak cucu mereka !
 
Bila presiden mati...
dimakamkan seperti raja...
diagungkan seperti raja...
diberi penghormatan seperti raja...
sehingga banyak menelan biaya...
menghabiskan banyak wang negara !
 
Berbeza dengan negara jiran yang sebangsa dengannya...
Korea Selatan lebih maju...
lebih kaya...
tapi kurang bergaya!
 
Jadi...
kita nak ikut yang macam mana...?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.