Selasa, 4 Disember 2012

Perancis, Britain Panggil Duta Israel

Kawasan penempatan Yahudi di Maale Adumin, dekat Baitulmuqaddis. Foto: Kosmo!


PARIS - Perancis dan Britain memanggil duta Israel semalam ketika tekanan diplomatik ke atas Israel terus meningkat berhubung rancangannya untuk membina 3,000 kediaman peneroka haram Yahudi di timur Baitulmuqaddis dan Tebing Barat, Palestin. 
Jerman dan Rusia turut melahirkan kebimbangan berhubung rancangan Israel itu yang disifatkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon akan memusnahkan pelan damai Asia Barat. 
Israel berdepan gelombang bantahan diplomatik selepas cadangan pembinaan tersebut ditimbulkan pada Jumaat lalu bagi membalas pengiktirafan Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota PBB oleh badan dunia itu. 
Sebahagian projek penempatan itu akan didirikan di koridor tanah di timur Baitulmuqaddis yang dinamakan E1 yang mana penempatan haram baharu Yahudi akan memisahkan Tebing Barat kepada dua bahagian. 
Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Philippe Lalliot berkata, Duta Israel, Yossi Gal dipanggil agar Perancis dapat menyatakan kebimbangan serius berhubung projek penempatan tersebut. 
"Pembinaan di kawasan E1 akan menjejaskan penyelesaian dua negara (Israel-Palestin) dengan meminggirkan Baitulmuqaddis dari Tebing Barat sekali gus mengancam wilayah dan masa depan penduduk Palestin," kata Lalliot. 
"Kami kesal dengan keputusan pemerintah Israel untuk membina 3,000 unit rumah baharu dan meneruskan pembangunan di kawasan E1 yang sebelum ini dibekukan," kata Jabatan Luar Britain. 
Amerika Syarikat dan Belgium turut melahirkan kebimbangan berhubung penempatan Yahudi tersebut dengan Ki-moon memberi amaran bahawa projek berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa. - AFP
_______________________________________________________________________

Israel nih degil tak habis-habis
dia nak buat juga rumah atas tanah orang...
opps! bukan tanah orang... negara orang !
betul-betul melampau !
 
Tapi kenapa dia nak buat kat kawasan Tebing Barat?
bukankah kawasan nih kawasan Fatah @ Mahmud Abbas?
 
Itulah perlunya Palestin kuat dari segi persenjataan dan diplomatik
dah jadi hukum di dunia nih
siapa menang dialah yang betul
siapa kalah dialah yang salah
Maka untuk mendapat sokongan dunia
Palestin tak boleh kalah
jika kalah dia akan dianggap bersalah
dan akan terus kehilangan tanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.