Rabu, 12 Disember 2012

Seks: Rabbi Yahudi Dihadapkan Ke Mahkamah

Masyarakat Yahudi ultra-ortodoks di New York pada Isnin lalu telah digemparkan dengan berita seorang rabbi, Nechernya Weberman dihadapkan ke mahkamah atas 59  tuduhan berkaitan rogol dan penderaan seksual terhadap seorang gadis bawah umur. Foto di atas menunjukkan Weberman bersama peguamnya.

Rabbi Weberman adalah pemimpin mazhab Yahudi Satmar Hasidic di Williamsburg, Brooklyn, New York yang mempunyai pengikut sekitar 250,000 orang, merupakan kumpulan yang terbesar di luar Israel. Para penyokong Weberman telah mengumpulkan dana untuk membiayai pembelaannya.

Para penyokong Weberman juga mengganggu perbicaraan mahkamah dan mereka telah mengambil gambar mangsa semasa beliau memberi keterangan dan kemudian memuatkan gambar itu ke Twitter mereka.

Weberman berhadapan hukuman 25 tahun penjara jika sabit kesalahan. Manakala Hakim Mahkamah Tinggi, John Ingram telah menegur para penyokong Weberman dengan berkata, "Anda tahu tentang Taurat, anda tahu tentang mahkamah rabbinikal. Ini adalah mahkamah sivil."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.