Selasa, 4 Disember 2012

Tempat Selamat Pada Hari Kiamat Disember 2012?

Inilah rupa gunung Pic de Bugarach di Bugarach, selatan Perancis. Foto: Kosmo!

PARIS - Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin. 
Tarikh 21 Disember itu merupakan ramalan yang dibuat berdasarkan kalendar penduduk Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi. 
Beberapa filem dokumentari dan laman web meramalkan bahawa berdasarkan kalendar penduduk Maya di Amerika Tengah itu, 'hari kiamat' akan berlaku pada 21 Disember depan. 
Ramalan itu dibuat kerana kalendar Maya itu berakhir pada tarikh tersebut. 
Menurut pihak yang percaya tentang 'hari kiamat' itu, sejumlah makhluk asing dan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) akan muncul. 
Golongan itu percaya 'garaj kapal angkasa' terdapat di kawasan pergunungan itu dan menyelamatkan golongan yang mempercayainya. 
Pekan Bugarach kini menjadi popular dalam kalangan orang yang mempercayai bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut. 
Datuk Bandar Bugarach, Jean Pierre Delord bimbang ramai orang akan tiba di bandar kecil itu. 
Kawasan di sekitar Bugarach hanya didiami seramai 180 orang. 
Polis dan tentera telah dimaklumkan untuk berdepan dengan bilangan orang yang ramai yang dijangka tiba di bandar berkenaan. 
Menurut kalendar Maya itu, sebuah planet akan merempuh Bumi pada 21 Disember depan dan dipercayai akan menyebabkan 'hari kiamat' berlaku. - Agensi
_______________________________________________________________________

Nanti... tunggu... 
Gunung Pic de Bugarach dan Kalendar Maya? 
Tak ada kaitan laa..
Gunung Pic de Bugarach terletak di selatan Perancis dalam benua Eropah
Kalender Maya pula adalah kalendar purba yang berasal dari Benua Amerika...
Objek yang dikaitkan dengan Kalendar Maya
Ada beberapa tanda tanya...
siapa orang yang mentafsirkan Kalendar Maya tu?
dia keturunan orang Maya ke?
Betulkah ada catatan dunia kiamat tahun 2012 kat kalendar tu?
orang tu tak silap baca ke?
atau ada orang silap faham!
Dr Jose Arguelles: Pengkaji Tamadun Maya
Ini dah menyimpang jauh nih!
macam mana boleh timbul kisah UFO...
garaj kapal angkasa semua nih?
Susah nak cakap!
kitab 1434 tahun lalu orang tak nak kaji
tapi Kalendar Maya 3114 tahun lalu orang nak ambil peduli...
Kitab 1434 tahun... bace aje... tak nak kaji...?
________________________________________________________________________

Cerita kiamat kaum Maya karut: Nasa
WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) mengeluarkan amaran serius terhadap khabar angin akan berlaku hari kiamat pada 21 Disember ini berdasarkan perkiraan kalendar kaum Maya.
Astrobiologi Pusat Kajian Ames Nasa, David Morrison berkata ramalan itu karut kerana ia mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia.
Menurut Nasa, pihaknya menerima sejumlah besar emel dan surat daripada mereka yang bimbang mengenai perkara itu.
"Sebahagian daripada mereka tidak lalu makan, tidak dapat tidur dan ada yang sanggup membunuh diri," kata Morrison melalui rakaman video dimuat naik Nasa ke dalam Google, Rabu lalu.
"Menerusi cerita disebarkan penulis Azerbaijan, Zecharia Stichin dalam 1976, sebuah planet asing bernama Nibiru yang ditemui puak Sumeria akan melanggar dan memusnahkan Bumi pada tarikh itu.
"Jika Nibiru atau Planet X wujud, ia pasti sudah dikenal pasti sedekad lalu dan pada masa ini mungkin sedang menuju ke Bumi serta dapat dilihat dengan jelas," kata Morrison.
Morrison turut menyangkal khabar angin bahawa medan magnetik Bumi akan terbalik secara tiba-tiba dan planet ini akan memasuki lohong hitam yang wujud pada pusat Bima Sakti. - MailOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.