Sabtu, 29 Disember 2012

Thatcher Berhutang Kerana Anak Lelakinya

Gambar lama Thatcher bersama anak lelakinya, Mark yang ketika itu masih muda. Foto: PA

Gambar terbaru Thatcher yang sudah uzur bersama Mark dan Sarah, isteri Mark (menantu Thatcher).


LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain Margareth Thatcher dikatakan perlu membayar bil untuk kos operasi pencarian anak lelakinya yang hilang di Gurun Sahara ketika mengikuti perlumbaan Rali Paris-Dakar pada tahun 1982.

Kementerian Luar Negeri Britain telah mengeluarkan kenyataan bahawa, Margareth Thatcher masih mempunyai tunggakan sebanyak 1.789 poundsterling.

Jumlah tersebut tentunya tidak terlalu besar bagi orang seperti Thatcher. Menurut Kementerian Luar Britain, wang tersebut dikeluarkan untuk membayar kos operasi Mark yang hilang ketika berusia 28 tahun.

Pejabat Perdana Menteri Britain berkata, empat pesawat tentera Algeria dan sebuah helikopter serta tiga pesawat milik Perancis dikerahkan untuk mencari Mark Thatcher. 
Ayahnya, Denis, terbang ke wilayah tersebut untuk membantu pencarian dan memerlukan sebuah pesawat Hercules milik Tentera Udara Britain untuk mencari Mark. Setelah enam hari, Mark akhirnya ditemui dalam keadaan hidup dan sihat.

Mark dikatakan tidak mempunyai persiapan yang cukup untuk mengikuti Perlumbaan Paris-Dakar pada Januari 1982. Bersama dengan jurupandu Perancis Anne Charlotte Vernay dan mekanik Jean Garnier yang juga dari Perancis, Mark menyusuri Gurun Sahara. Tetapi kereta yang mereka naiki mengalami kerosakan kira-kira 250 batu dari Kota Tamanrasset.

Pada masa itu, pihak penganjur perlumbaan tidak mengetahui penyertaan Mark dan pasukannya. Ketika ini, pihak Pejabat Perdana Menteri Britain bimbang Mark akan menjual cerita berkenaan kehilangannya kepada media Britain.

Ketika diajukan soalan mengenai kos operasi untuk menyelamatkan anaknya, Thatcher berjanji akan membayar semua kos berkenaan. Pada 12 Februari 1982 dia menulis, "Saya yang akan membayar kosnya. Saya pastikan tidak ada bayaran yang perlu dikeluarkan oleh para pembayar cukai Britain. Kepada siapa bil ini saya perlu bayar?"

Tetapi menurut pihak Downing Street, sehingga kini bayaran tersebut belum dijelaskan oleh Thatcher. Belum diketahui bagaimana penyelesaian tentang bayaran yang perlu dijelaskan oleh Thatcher. - Guardian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.