Ahad, 16 Disember 2012

Wajah-wajah Comel Yang Ditembak Adam Lanza

Emilie Parker berusia 6 tahun telah terbunuh dalam tragedi tembak di Sekolah Elementary Sandy Hook.

Ana Marquez-Green 6 tahun.

Jesse Lewis 7 tahun

Noah Pozner 6 tahun.

James Mattioli 6 tahun.

Jessica Rekos 6 tahun

Olivia Engel 6 tahun

Dylan Hockley 6 tahun berasal dari Britain.
Josephine Gay, 7 tahun.

Catherine V. Hubbard, 6 tahun.

Charlotte Bacon, 6 tahun.

Olivia Engel, 6 tahun.

Caroline Previdi, 6 tahun.

 Chase Kowalski, 7 tahun.

Grace McDonnell, 6 tahun.

HARTFORD: Penyerang yang membunuh 27 orang sebelum membunuh diri awal pagi semalam adalah bekas pelajar pintar tetapi bermasalah. 
Mempunyai perawakan tinggi dan kurus, Adam Lanza membawa beg hitam untuk menghadiri kelas bahasa Inggeris. 
Dia juga sering duduk berhampiran pintu bagi memudahkan dia menyelinap keluar atau masuk pada bila-bila masa. 
Adam Lanza
Apabila disoal, dia mampu memberikan jawapan walaupun kelihatan gemuruh, resah dan amat sukar bercakap. Lanza datang ke sekolah menengahnya di Newtown dengan berpakaian kemas dan alat tulis yang sewajarnya seolah-olah dia tidak mahu menarik perhatian sesiapa. 
Namun, keadaan benar-benar berbeza kelmarin (awal pagi semalam, waktu Malaysia). 
Menurut polis, Lanza, 20, memakai pakaian perang dan bersedia melakukan satu daripada amukan sekolah paling kejam dalam sejarah Amerika Syarikat. 
Lanza menembak mati 20 kanak-kanak dan tujuh orang dewasa, termasuk ibunya, sebelum dia menembak dirinya sendiri. 
Berbeza daripada pemuda lain, Lanza tidak banyak meninggalkan kesan untuk sesiapa mengenalinya. 
Selain tiada wajahnya dalam buku tahunan sekolah pada 2010, Lanza tidak memiliki akaun Facebook. 
Sebahagian daripada lepasan sekolah menengah itu percaya Lanza tidak menamatkan pembelajarannya. Seorang daripada teman sekelas Lanza, Matt Baier, berkata pemuda itu jelas tidak selesa apabila berada bersama orang ramai. “Bukan kerana orang lain memulaukan Lanza, tetapi nampaknya, orang membiarkan dia dengan dunianya,” katanya. Bekas teman sekelas yang lain berkata, Lanza biasanya tidak menunjukkan sebarang emosi apabila sesiapa memandangnya. “Mungkin keadaan itu menyebabkan orang yang tidak memahami Lanza akan memandangnya dengan sinis,” katanya. Pihak lain pula berkata, Lanza mengalami masalah gangguan tumbesaran didakwa Sindrom Asperger yang mempunyai kaitan dengan autisme. Pihak berkuasa pula berkata, siasatan masih dijalankan sama ada Lanza mengalami sebarang gangguan kesihatan. - NYT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.