Selasa, 22 Januari 2013

Dibicarakan Di Atas Katil Hospital

Mohd. Saimin (kanan) dan Mohd. Raffiq didakwa di atas katil HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu atas tuduhan memiliki senjata berbahaya dan menyerang anggota polis semalam.


KOTA BHARU - Dua lelaki yang sedang dirawat di hospital akibat terkena tembakan anggota polis dihadapkan ke muka pengadilan semalam atas tuduhan memiliki beberapa senjata berbahaya dan menyerang penjawat awam. 
Bagaimanapun, Mohd. Saimin Ali, 34, dan Mohd. Raffiq Razuaddy Ab. Aziz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen Pasir Puteh, Roszita Md. Saad ketika prosiding dijalankan di Wad 2 Zamrud, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini. 
Ketika prosiding, kedua- dua tertuduh diasingkan daripada pesakit lain di wad tersebut dan ditutup dengan tirai. 
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa memiliki sebilah pedang, sebilah parang panjang, sebatang kayu, sebatang besi panjang dan sebilah pisau. 
Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Saimin dan Mohd. Raffiq dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam, Koperal Mohd. Zaki Husain dengan niat hendak menahan atau menakutkannya daripada menjalankan tugas. - Kosmo!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.