Khamis, 24 Januari 2013

Hillary Sebak Ketika Memberi Keterangan

Suasana kadang-kadang panas semasa Hillary memberi keterangan

Hillary meneruskan keterangan di hadapan Jawatankuasa Senat, Kongres AS

Seketika Hillary kelihatan sebak

Seketika yang lain, Hillary menitiskan air mata

Kadang-kadang Hillary kelihatan garang

Hillary semasa menyembut jenazah AS ke Libya

Hillary mempertahankan keterangannya semasa sesi soal jawab

Senator John McCain begitu kritikal terhadap jawapan Hillary

Senator Rand Paul juga kritikal terhadap jawapan Hillary

Mendiang Duta Besar AS ke Libya, Chris Stevens (tengah)

Keadaan di Konsulat AS, Benghazi selepas serangan



WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton akhirnya memberikan keterangan mengenai insiden serangan ke atas Konsulat AS di Benghazi, Libya yang turut menyebabkan kematian Duta AS Chris Stevens.

Berlaku ketegangan seketika semasa Hillary memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Hubungan Luar Negara Senat AS. 
Dalam kenyataan pembukaannya, Hillary menitiskan air mata apabila membicarakan kematian Duta Besar Chris Stevens dan tiga orang staf diplomat AS lain.

"Bagi saya, ini bukan hanya masalah polisi. Ini adalah masalah peribadi. Saya berada di sebelah Presiden Barack Obama semasa Marin membawa keranda jenazah di Pangkalan Andrews. Saya memeluk ibu bapa (Stevens), kakak dan adiknya, anak-anak dan isterinya," ujar Hillary.

Suara Hillary penuh dengan emosi ketika memberikan keterangan. Untuk beberapa ketika, Hillary seperti hendak "meletup".

Keterangan Hillary itu dihargai oleh Senator Barbara Boxer yang mengakui Hillary kesal terhadap kejadian itu berdasarkan wajahnya.

Insiden di Benghazi itu menjadi tamparan kepada polisi luar negara Obama di mana Senat AS mempersoalkan keselamatan yang diberikan kepada diplomat negara itu yang berada di Libya.

Presiden Obama mengakui bahawa apa yang berlaku di Benghazi sepenuhnya menjadi tanggungjawabnya. Obama juga menekankan akan memperbaiki sistem keselamatan yang diberikan kepada diplomat yang bertugas di kawasan konflik. - Associated Press

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.