Jumaat, 25 Januari 2013

Ingat Tuhan Setelah Hampir Hilang Kuasa

Bashar (kiri) duduk di sebelah Ahmed Hassoun, ulamak Sunni yang dihormati. Foto: AFP

Bashar solat berjemaah di masjid di utara Damsyik. Foto: Reuters



DAMSYIK – Pihak berkuasa Syria menyeru berjuta-juta warga negara ini untuk berdoa di masjid-masjid pada hari ini bagi mengembalikan keamanan selepas 22 bulan berlaku pertumpahan darah, kata seorang menteri. 
“Doa itu perlu dilakukan setiap kali selepas solat Jumaat di masjid-masjid bagi memohon keselamatan dan keamanan di Syria,” kata Menteri Hal Ehwal Agama, Mohammed Abdel Settar dalam satu kenyataan. 
Kenyataan itu disiarkan oleh agensi berita SANA semalam. 
Konflik di Syria mula berlaku pada Mac 2011 selepas para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan melancarkan tentangan ke atas rejim Presiden Bashar Al-Assad kerana mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. 
Para penentang itu menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara. 
Lebih 43,000 nyawa kebanyakan orang awam telah dilaporkan terkorban sejak pertempuran tersebut berlaku di Syria. 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan lebih 60,000 orang terbunuh. 
Sementara itu, Bashar menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di masjid yang terletak di sebuah daerah utara Damsyik semalam. 
Beliau dilihat duduk di sebelah Mufti Syria, Ahmed Hassun. 
Imej itu disiarkan stesen televisyen Syria. – Agensi / Kosmo!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.