Rabu, 23 Januari 2013

Kapal Tentera Laut AS Terlanggar Terumbu Karang

Kapal perang ini dikatakan menggunakan teknologi canggih. Tapi apa sudah jadi?

Ketua Tentera Laut menyalahkan peta tidak tepat sebagai punca kapal perang ini terlanggar tapak warisan dunia

Pemerhati mengatakan terumbu karang yang menjadi Tapak Warisan Dunia itu rosak teruk

USS Guardian bertanda no. 5 ketika berlabuh di Teluk Subic, Manila

Peta menunjukkan lokasi tempat USS Guardian terkandas


Dia adalah salah satu kapal perang yang menggunakan teknologi canggih dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, yang direka khas untuk memburu dengan cekap dan memusnahkan musuh walaupun tersembunyi di dalam laut.

Tetapi nampaknya USS Guardian tidak begitu cekap mengesan terumbu karang, kerana terbukti dia terkandas di Laut Sulu, 400 batu di barat daya Manila, di Filipina.

Kapal penyapu ranjau ini terlanggar Terumbu Tubbataha, sebuah Tapak Warisan Dunia, semasa latihan dijalankan pada hari Khamis.

Ketua Tentera Laut telah menyalahkan peta tidak tepat sebagai punca kemalangan, manakala pemerhati mengatakan kejadian itu menyebabkan salah satu perbendaharaan laut yang paling berharga dan indah di dunia rosak teruk.

Semua 79 pegawai dan anak kapal USS Guardian telah dipaksa meninggalkan kapal tersebut dan beberapa kapal sokongan terus menjalankan operasi menyelamat dengan meminimumkan kesan alam sekitar di kawasan terumbu.

Tentera Laut berkata dalam satu kenyataan bahawa kajian mendapati Carta Digital Nautika, yang digunakan untuk pelayaran oleh semua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat mengandungi data yang tidak tepat dan mungkin menjadi satu faktor pelanggaran Guardian.

Hasilnya, jurumudi belakang Tentera Laut, Adam Jonathan White mengeluarkan panduan berjaga-jaga kepada semua kapal Armada Pasifik. Beliau mengatakan bahawa 'kajian awal menunjukkan terdapat kesilapan data pelayaran di lokasi Terumbu Tubbataha' di Filipina.  
"Walaupun data carta navigasi yang silap itu adalah maklumat penting, tiada siapa yang harus melompat kepada kesimpulan," kata jurucakap Armada Pasifik, Kapten James Darryn. "Ia adalah penting bahawa Tentera Laut Amerika Syarikat menjalankan siasatan menyeluruh yang menilai semua fakta sekitar pelanggaran Guardian."
Kapal penyerang berkenaan baru sahaja meninggalkan pelabuhan di Teluk Subic, bekas pangkalan tentera laut Amerika di ibu negara, Manila, dan dalam perjalanan ke Indonesia dan kemudian ke Timor Timur untuk menyertai latihan apabila ia terlanggar terumbu karang, kira-kira 80 kilometer ke tenggara Pulau Palawan. - Mail Online

1 ulasan:

  1. macam dirancang je....kapal tu canggih...dah diberi amaran oleh pihak berkuasa (pengawal Pantai) supaya menjahui terumbu tersebut, tapi.....

    tup-tup lahat datu diceroboh...

    semua anak kapa dikatakan dihantar terus ke jepun, bukan di negara terdekat (FILIPINA)...

    lepas tu pulak, sebab tak dapat tunda kapal tu, kononnya dimusnahkan...

    kehadiran kapal tu pun banyak membuatkan pelbagai pihak sangsi...

    apakah senjata yang dibawa oleh kumpulan pengganas di Lahabt Datu adalah kepunyaan dari kapal tersebut???

    paling tak logik, kapal mahal-mahal, senang-senang je nak musnahkan sebab katanya tak boleh tunda....

    BalasPadam

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.