Ahad, 27 Januari 2013

Kerja Baik Pulih Landasan KTMB Siap Hari Khamis

Keadaan kereta api yang tergelincir dalam perjalanan dari utara ke selatan berhampiran Stesen Kempas Baru. Foto: Sinar Harian


KUALA LUMPUR - Kerja membaik pulih landasan keretapi di Kilometer 738.00 berhampiran Taman Impian Emas, Skudai, Johor sedang giat dijalankan dan dijangka siap Khamis ini. 
Semalam, lima penumpang dan seorang pekerja cedera selepas empat daripada 10 gerabak tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ekspres Sinaran Selatan No.13 tergelincir di landasan tersebut. 
KTMB dalam kenyataan di sini hari ini berkata, ekoran kejadian itu, semua perkhidmatan tren ke Woodlands, Singapura akan ditamatkan di stesen Kulai, Johor dan penumpang akan dipindahkan melalui bas ke stesen Kempas Baru sebelum meneruskan perjalanan ke JB Sentral dan Woodlands dengan menaiki tren 'shuttle' yang disediakan. 
"Selain itu, perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Selatan No.13 (Sentral KL-Woodlands) dan tren Shuttle No.61 (Gemas-Woodlands) turut dibatalkan. 
"Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862," menurut kenyataan itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.