Jumaat, 25 Januari 2013

Lalat Hinggap Di Dahi Obama Ketika Sidang Akhbar

Dahi Obama dihinggapi lalat. Foto: Reuters


WASHINGTON - Semasa sidang akhbar untuk mengumumkan barisan stafnya yang baru, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama diganggu oleh seekor lalat yang terbang dekat kepalanya dan kemudian hinggap tepat di dahinya. 
Peristiwa itu terjadi ketika Obama mengumumkan nama Pengarah Biro Perlindungan Pengambilan Kewangan, Richard Cordray di White House. 
Obama sempat berkata, "Dia (lalat) ini sangat mengganggu saya." 
Obama yang kelihatan kurang selesa berusaha menampar lalat tersebut namun lalat itu terlepas dari tamparannya. 
Adegan itu sempat diabadikan oleh para wartawan yang menghadiri sidang akhbar itu dan mendapat liputan meluas media dengan tajuk yang pelbagai. - Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.