Khamis, 3 Januari 2013

Mubarak Tonton Secara Langsung Kekejamannya

Bekas Presiden Mesir, Husni Mubarak. Foto: AFP


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Husni Mubarak dikhabarkan menonton tindakan kekerasan pasukan keselamatannya terhadap penunjuk perasaan melalui tayangan tv. 
Laporan tersebut diperolehi oleh satu pasukan penyiasat yang menyiasat polisi Mubarak ketika gelombang Arab Spring masuk ke Mesir. Mubarak ketika ini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa bertanggung jawab terhadap kematian 900 penunjuk perasaan tersebut.

Dalam perbicaraan mahkamah sebelum ini, Mubarak mendakwa dia tidak tahu-menahu tentang tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pasukannya. Mubarak mendakwa, maklumat tersebut disembunyikan oleh para pegawai bawahannya selama protes itu berlaku.

Bagaimanapun, penemuan pasukan penyiasat mendedahkan hal yang sebaliknya. Pasukan tersebut mendakwa, Kerajaan Mesir ketika itu memasang kamera di sekitar Dataran Tahrir dan di lokasi-lokasi protes yang lainnya. Tayangan dari kamera tersebut kemudian dihantar secara langsung ke tv yang ada di bilik Mubarak.

Hal tersebut membolehkan Mubarak melihat tindakan kekerasan pasukan keselamatan secara langsung dan tidak memerlukan laporan dari pegawai bawahannya. Fakta baru itu memungkinkan Mubarak dibicarakan semula untuk dikenakan hukuman yang lebih berat.

Pasukan penyiasat berkenaan dibentuk oleh Presiden Mesir, Mohamed Morsi. Presiden itu bercadang mendedahkan perbuatan korupsi dan polisi Mubarak yang zalim agar dapat memberikan hukuman yang lebih berat lagi kepada bekas diktator itu. Morsi yang berasal dari pergerakan Ikhwanul Muslimin seringkali menghadapi polisi yang zalim ketika Mubarak memerintah Mesir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.