Rabu, 23 Januari 2013

Pengawal Wanita Obama Yang Misteri













WASHINGTON - Semasa upacara perlantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) berlangsung Isnin lalu, seorang wanita misteri berambut perang sentiasa mengawal Obama bersama agen Secret Service yang lain. 

Wanita itu berkawal berhampiran kereta Cadillac Presiden dan sentiasa berada tepat di belakang Obama.

Kereta pengiring yang mengawal Obama bergerak perlahan dari Capitol Hill ke White House manakala Obama dan isterinya, Michelle kelihatan melambaikan tangan ke arah ratusan ribu rakyat yang ingin menyaksikan pelantikan itu dari dekat.

Agen wanita berambut perang itu dilihat berjalan di antara pengawal Obama dan memantau keadaan di sekitar laluan dengan pandangan matanya yang cukup tajam. Wanita itu juga mengawasi tingkah laku orang-orang yang mencurigakan.

Perarakan Presiden AS yang pertama dianjurkan pada 1809, namun dalam masa beberapa dekad, tidak pernah agen wanita terlibat dalam tugas kawalan. Hanya ketika Woodrow Wilson dilantik pada 1917, barulah agen-agen wanita dibenarkan mengawal presiden dalam perarakan.

Para agen tersebut ditugaskan untuk mengawal "si buruk rupa" (kereta limousin Cadillac Presiden), iaitu kereta anti-peluru dengan atap yang tertutup.

Berdasarkan insiden skandal seks Secret Service pada April 2012, ramai pihak di AS mencadangkan agar tugas-tugas penting diserahkan kepada agen wanita. 

Anggota Kongres AS, Carolyn B. Maloney berpendapat, skandal yang memalukan itu tidak akan terjadi jika agen yang mengawal Presiden di Colombia itu wanita. - Daily Mail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.