Sabtu, 26 Januari 2013

Seorang Ahli Politik Australia Tolak Makanan Halal

Kenyataan tentang makanan halal oleh Jamie Cavanaough mengundang kontroversi. Foto: The Courier-Mail

Seorang anggota Katter's Australian Party sedang berkempen. Foto: loonwatch.com

Daging halal (hiasan). Foto: guardian.co.uk


SYDNEY - Seorang ahli politik Australia, Jamie Cavanaough dikecam oleh masyarakat berikutan komentarnya yang menolak untuk memakan makanan halal. 
"Saya selalu memilih untuk membeli makanan yang dijamin tidak halal kerana keuntungan dari penjualan makanan halal hanya akan menguntungkan komuniti Muslim," ujar Cavanough dalam akaun facebooknya. 
Cavanough ialah anggota Katter's Australian Party (KAP), sebuah parti kecil yang baru ditubuhkan pada tahun 2011 lalu. 
Kenyataan Cavanough disokong oleh rakan politiknya dari parti yang sama. 
"Saya setuju dengan pendapat Cavanough, saya juga tidak mahu memakan makanan yang dibuat dengan ritual Islam," ujar Bernard Raynor dalam akaun twitter miliknya. 
Bagaimanapun, pemimpin KAP, Aidan McLindon, berusaha meredakan suasana akibat kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota partinya itu. 
McLindon menyifatkan kenyataan Cavanough dan Raynor hanya sebagai pandangan peribadi kedua-dua ahli politik itu. 
"Ada warga Australia yang menyukai mentega kacang ada yang tidak. Ada yang suka makanan halal ada juga yang tidak mahu memakannya. Hal tersebut adalah sebahagian daripada prinsip kebebasan yang ada di Australia," ujar McLindon. 
Sebelum itu, Gaynour telah menimbulkan kontroversi di Australia apabila mengatakan akan melarang guru yang terbukti seorang gay untuk mengajar di sekolah anaknya. - AAP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.