Khamis, 24 Januari 2013

Taliban Kata Putera Harry Pengecut

Putera Harry dikenali sebagai Kapten Wales dalam pasukannya. Foto: KL-Today

Putera Harry semasa mengikuti latihan ketenteraan di West Point, New York. Foto: mStar Online


Putera Harry di samping kekasih (?)


KABUL - Kumpulan militan Taliban menganggap Putera Harry sebagai naif dan pengecut kerana menganggap konflik di Afghanistan seperti permainan video game.

Menurut dua pemimpin kanan Taliban, kenyataan putera itu merupakan penghinaan kepada tentera British yang berperang dan mati dalam pertempuran. Taliban juga mempersoalkan peranan Putera Harry yang hanya bertindak sebagai ko-pilot helikopter tempur Apache.

Sebelum itu, pewaris ketiga takhta British itu berkata, dia amat beruntung sebagai orang yang menyukai video game Xbox dan Playstation kerana permainan tersebut banyak membantunya dalam pertempuran.

Putera Harry juga mengakui bahawa dia berjaya membunuh anggota militan ketika dia melakukan tugasnya. Tetapi dakwaan itu mendapat ulasan sinis oleh pihak Taliban.

"Putera Harry hanyalah seorang pengecut yang bercakap selepas dirinya selamat daripada pertempuran," kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.

"Menggambarkan perang di Afghanistan seperti sebuah permainan telah merendahkan semua (pihak yang terlibat perang)," ujarnya.

Mujahid menambah, "Ucapan Putera Harry menunjukkan mereka (pasukan gabungan asing) tidak mengerti situasi yang terjadi dan menunjukkan mereka mengalami kekalahan," tegas Mujahid.

Bukan Taliban sahaja yang tidak menyenangi kenyataan Putera Harry. Komander tentera Britain di Helmand, tempat Harry bertugas mengatakan, ratusan ribu tentera dari pelbagai negara berperang di Afghanistan. Mengatakan, peperangan ini seperti permaian video game tidak menunjukkan rasa hormat. - Daily Telegraph


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.