Selasa, 15 Januari 2013

Texas Tak Boleh Keluar Dari Amerika Syarikat

Texas merupakan negeri kedua terbesar dalam persekutuan Amerika Syarikat selepas Alaska. Sumber: Wikipedia

Bendera rasmi Negeri Texas. Sumber: Wikipedia

Lambang Rasmi Negeri Texas. Sumber: Wikipedia

Houston, ibu negeri Texas. Foto: Jetsetz

El Paso, bandar sempadan. Foto: Vitual Tourist

Micah Hurd juga adalah veteran tentera marin AS. Foto: The Legendary


EL PASO - Berita buruk bagi penduduk Texas yang menyokong petisyen pemisahan Texas dari Persekutuan Amerika Syarikat (AS). Menurut White House, pengasas AS tidak membenarkan mana-mana negeri di negara itu memerdekakan diri.

Setakat ini lebih 125 ribu orang sudah mendatangani petisyen yang dibuat beberapa hari selepas Presiden Barack Obama memenangi Pilihan Raya Presiden AS 2012. 

Pengarah White House untuk Urusan Awam, Jon Carson ketika memberi reaksi terhadap petisyen itu memetik kenyataan mendiang Presiden Abraham Lincoln dan Mahkamah Agung AS pasca Perang Saudara. 
Carson mengatakan, AS merupakan sebuah negara "persekutuan yang abadi". Namun AS tetap membenarkan adanya perbezaan pendapat mengenai isu ini.

"Demokrasi boleh dilakukan dengan bising dan kontroversi. Debat yang bebas dan terbuka membuat negara ini bekerja dengan baik. Namun kita tentu menyokong debat yang sihat, kami tidak akan membiarkan debat-debat ini memecah-belahkan kita semua," ujar Carson.

Petisyen pemisahan Texas dipelopori oleh Micah Hurd, seorang mahasiswa teknik di Universiti Texas. Hurd belum mengeluarkan kenyataan terhadap reaksi White House terhadap petisyen tersebut.

Selain menuntut keluar dari AS, penduduk Texas juga kecewa dengan pemerintahan Obama. Bagi penduduk Texas, Obama terus menerus memburukkan keadaan ekonomi AS dan mengabaikan proses reformasi. 
Penduduk Texas yakin, jika mereka keluar dari AS, mereka boleh memperbaiki kehidupan mereka sendiri. - Associated Press

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.