Selasa, 26 Februari 2013

Israel Diserang Roket

Roket sedang meluncur di udara (gambar hiasan). Foto: wnetnews

Pemandangan bandar Ashkelon pada waktu siang. Foto: letsgo

Kawasan pantai Ashkelon. Foto: aliyahmagazine

Pemandangan waktu senja di bandar Ashkelon. Foto: backspin.typepad

Lokasi bandar Ashkelon. Imej: carian google


ASHKELON - Kawasan selatan Israel diserang oleh roket  hari ini, menyebabkan berlaku kerosakan di jalan raya bandar Ashkelon. Bagaimanapun, serangan itu tidak menyebabkan kematian. 

"Ledakan didengar di kawasan Ashkelon dan kami mendapati ada sebuah roket yang jatuh menyebabkan kerosakan di jalan raya, namun tidak mencederakan penduduk," ujar jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld. 

Setakat ini, tidak ada kumpulan bersenjata di Gaza yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan roket berkenaan. Kejadian tersebut merupakan serangan roket yang pertama sejak Israel dan Hamas bersetuju mengadakan perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Mesir pada November 2012. 

Sejak gencatan senjata berkuatkuasa, konflik antara Israel dengan penduduk Palestin masih berlaku. Israel pernah menembak para petani Palestin dan beberapa orang penunjuk perasaan rakyat Palestin. 

Sejak akhir-akhir ini, Israel dan Palestin kembali berkonflik akibat kematian tahanan Palestin di penjara Israel, Arafat Jaradat. Israel melaporkan, Jaradat mati kerana sakit namun hasil autopsi Kerajaan Palestin menyatakan, terdapat kesan kecederaan pada jenazah Jaradat yang menunjukkan lelaki tersebut mati kerana disiksa. 

Presiden Palestin Mahmoud Abbas bimbang akan berlaku konfrontasi antara rakyatnya dengan Israel. Abbas  mengingatkan pihak keselamatan Palestin agar tidak terlibat dalam konflik secara terbuka dengan Israel. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.