Jumaat, 15 Februari 2013

Komuter Tergelincir Di Stesen Shah Alam

Keadaan KTM Komuter yang tergelincir dekat Stesen Shah Alam malam tadi. Foto: Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

Keadaan KTM Komuter yang tergelincir semalam pada pagi tadi. Foto: Berita Harian


SHAH ALAM - Empat daripada enam gerabak KTM Komuter tergelincir di Stesen Komuter Shah Alam di sini, malam tadi. 
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, komuter tanpa penumpang tersebut dalam perjalanan dari Klang menuju Kuala Lumpur. 
Setibanya di stesen, empat gerabak di bahagian belakang tergelincir. 
Bagaimanapun pemandu kereta api tidak mengalami sebarang kecederaan. 
Sinar Harian yang berada di lokasi mendapati pekerja KTM sedang melakukan siasatan dan kerja penyelenggaraan. 
Ia kejadian ketiga melibatkan kemudahan KTM dalam tempoh sebulan ini. 
Minggu lalu, kereta api Sinaran Utara tergelincir dengan Kampung Baru, Bukit Mertajam. 
Sementara itu dalam kenyataan dikeluarkan awal agi tadi, KTMB berkata, perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Pelabuhan Klang–Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan hari ini ekoran kegelinciran tren Komuter di stesen Shah Alam. 
"Perkhidmatan tren komuter bagi sektor ini akan beroperasi seperti biasa dengan kelewatan sekitar lima minit," kata kenyataan itu. 
Semasa insiden berlaku, katanya, tren komuter berkenaan kosong, tiada penumpang, dan sedang membuat perjalanan ke depot Sentul bagi tujuan penyelenggaraan. 
"Kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 
"KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1-300-88-5862," kata kenyataan itu lagi. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.