Selasa, 26 Februari 2013

Mesin ATM Dipecah RM297 Ribu Kena Kebas

Beginilah keadaan mesin ATM selepas dipecah dan dibakar di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Sekumpulan perompak berjoli sakan apabila melarikan wang hampir RM297,000 selepas memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Jalan Kota di sini semalam. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Nashir Ya berkata, kejadian itu disedari oleh salah seorang pekerja bank pada pukul 7.50 pagi yang datang untuk memulakan tugas sebelum dia memaklumkan kepada penyelianya dan polis. 
Difahamkan, kejadian ini merupakan rompakan ATM yang melibatkan kerugian terbesar tahun ini di negeri ini. 
"Berdasarkan keterangan pihak bank, kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 pagi berdasarkan alat penggera yang berbunyi pada waktu tersebut. 
"Kita percaya perompak lebih daripada seorang dan modus operandi mereka ialah menggunakan sejenis bahan kimia yang sering dipakai dalam industri pembinaan sebagai bahan api untuk memecahkan ATM," katanya. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.