Sabtu, 2 Februari 2013

Selepas Angkat Sumpah Kerry Segera Lawat Israel

John Kerry. Foto: Reuters


WASHINGTON - Selesai mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Senator John Kerry dikhabarkan akan mengunjungi Israel dan Mesir pada bulan ini. 
Kerry dengan rasmi mengambil-alih jawatan Setiausaha Negara AS, setelah Hillary Clinton menamatkan tempoh jawatannya dalam pentadbiran Presiden Barack Obama  pada Jumaat, jam 4.00 petang waktu tempatan. 
Kerry mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Agung Elena Kagan di bangunan Capitol. 
"Saya merasa sangat-sangat terhormat kerana dilantik (sebagai Setiausaha Negara AS) dan saya ingin menjalankan tugas dengan segera (untuk kabinet Obama). Saya akan melapor diri pada pagi Isnin, pukul 9.00," ujar Kerry. 
Selama menganggota Jawatankuasa Luar Senat AS, Kerry tetap tegas mendesak kerajaan AS memainkan peranan bagi mewujudkan perdamaian. Kerry bersikap kritis terhadap  tindak-tanduk Israel dan Palestin yang menurutnya sering bertindak secara sepihak. 
Palestin dan Israel menghentikan dialog perdamaian pada 2010 lalu karena Israel menolak untuk menghentikan projek pemukiman di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat. Manakala Palestin nekad memperbaharui statusnya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) pada November 2012 dan mengabaikan ancaman-ancaman daripada AS dan Israel.
Dalam kes Palestina dan Israel, Kerry menilai bahwa cadangan dua negara sudah hampir mati dan hal itu akan menyebabkan masalah baru. Kerry mencadangkan agar kedua belah pihak kembali berunding seperti yang berlaku beberapa tahun yang lalu. - Guardian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.